Sunday, May 25, 2008

Kritikan Terhadap Tulisan Wak Lanang DI SINAR AHAD.

Dalam tulisan wak lanang pada hari ahad yang lalu di dalam akhbar sinar harian 25mei 2008 di bawah kolum SUDI MAMPIR yang bertajuk LADANG BABI MODEN JADI TARIKAN BARU DI SELANGOR.
Didalam tulisan wak lanang seperti mengkritik kerajaan Selangor yang baru kerana meneruskan Projek Ternakan Babi Moden. Kenapa saya mengatakan meneruskan bukan meluluskan, kerana projek ini telah pun di luluskan di bawah kerajaan Selangor yang lama dimana menteri besar yang meluluskan projek ini dahulu begitu lantang menentang perlaksanakan projek ini.

Disini saya ingin mengajak wak lanan berfikir sejenak. Adakah di Selangor sekarang tidak menpunyai ladang ternakan babi? Atau ternakan moden ini ladang ternakan pertama di Selangor?Mengapa semasa projek ini diluluskan pada Januari 2008 dibawah Menteri Besar yang lama tiada demonsrtasi menentang projek ini?Mengapa setelah kerajaan baru meneruskan projek ini baru ada demonstrasi menentang projek ini.

Di satu perengan wak lanang ada menulis JADI KALAU MALAYSIA MENJADI PENGEKSPORT DAGIN BABI KE CHINA APA KATA NEGARA ARAB? BERISTIGFAR PASTINYA MEREKA.) Mungkin wak lanang tidak menbuat research tentang ternakan babi di negara ISLAM.Untuk mengetahuan wak lanang di Maghribi yang menpunyai kepadatan penduduk sehingga 30 juta dan hampir 98.7 % penduduknya beragama ISLAM juga menbenarkan perternakan babi untuk makanan pelancong.Jadi salahkah negeri Selangor meneruskan projek ternakan babi moden untuk menampung keperluan makanan penduduk bukan beragama ISLAM.

Secara tidak langsung projek moden dapat mengurang percemaran yang sering dihadapi di dalam ternakan babi.Seperti kita tahu najis kumbuhan ternakan biasanya di buang di sungai-sungai. Di dalam projek moden ini hasil najis ternakan ini di proses kembali untuk menjanakuasa elektrik untuk kegunaan ladang moden ini.

Mungkin penerangan ini akan di layan sinis oleh wak lanang.Tapi sebagai anak negeri Selangor saya merasa terhina dengan tulisan wak lanang.Mungkin jika projek ini di laksanakan oleh kerajaan Selangor terdahulu kontrovesi mungkin tidak terjadi.

Thursday, May 15, 2008

ANTARA KETUANAN MELAYU DAN KARPAL SINGH

salam. sudah agak lama saya tidak menulis. bukan kerana sibuk, tetapi tiada idea yang bernas ingin di ketengahkan. baru-baru ini cerita ketuanan melayu agak menarik untuk saya kupas kan disini. dimana badan berpaduan bertindak melayu (bbbm) di bawah pengerusi en osman abu bakar baru sahaja mengadakan perbincang permuafakatan melayu di johor. kenapa johor di pilih? mungkin di johor lah tubuhnya umno lama dan disana lah permulaan melayu bersatu menentang malayan union.
Sebenarnya saya tertanya-tanya, apa tujuan sebenar perjumpaan ini?adakah benar bbbm benar2 ingin meperjuangkan ketuanan melayu? atau bbbm hanya risau kepentingan individu mereka terjejas? kalau benar mereka benar-benar menperjuangkan melayu kenapa hanya setelah bn gagal menpertahan majoriti 2/3 di parlimen di pru 12? kenapa bbbm tidak menperjuang kan ketuanan melayu sebelum pru12?
kalau benar mereka jujur memperjuangkan ketuanan melayu, kenapa semasa menteri pendidikan yang merupakan ketua pemuda parti melayu menkhianat bahasa melayu mereka tidak bersuara?di mana en osman abu bakar masa itu? dimana bbbm ?
saya amat tertarik bila seorang murid berumur 10 tahun menyaman kerajaan pusat dan menteri pelajaran 2 tahun lalu. sebab murid ini menyaman menteri pelajaran dan kerajaan pusat adalah disebabkan pembelajaran subjek math dan sains di dlm bahasa inggeris. dimana murid ini menyatakan perlaksanakan pembelajaran subjek math dan sains di dalam bahasa inggeris telah menlanggar perlembagaan malaysia. kita tunggu keputusan mahkamah terhadap saman ini. lupa saya nak terangkan. murid ini merupakan anak kepada menteri besar perak yang baru..
jikalau en osman abu bakar menbaca tulisan saya ini, saya berharap mendpat perjelasan dr en osman abu bakar.

satu lagi isu yang menarik minat saya ialah isu karpal singh menderhaka kepada sultan. memang bagi saya, memang karpal singh menderhaka. dan patut di hukum. karpal singh menpertikaikan kuasa raja-raja melayu. tetapi kita harus melihat isu ini secara rasional. karpal singh seorang lowyer. lowyer ini selalu berhujah mengikut kes-kes yang lepas. mengambil contoh-contoh yang lepas. mungkin disini karpal singh telah mengikut kata-kata peguam negara. peguam negara juga pernah menyatakan sultan trg tidak berhak menentukan menteri besar. dan karpal singh juga menyuakan perkara yang sama di suarakan peguam negara. kita yang bijak pandai harus berfikir secara rasional. siapa yang mengajar lowyer karpal singh ini menderhaka?

Friday, May 2, 2008

30 AHLI PARLIMEN BN LOMPAT PAKATAN RAKYAT?

Cerita tentang kemungkinan lebih 30 ahli parlimen BN dari malaysia timur akan melompat parti ke PAKATAN RAKYAT agak hanggat sekarang..
Benar kah cerita ini?
atau hanya mainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk "mangabrakan" sang pemerintah ..
Bagi saya, mungkin cerita ini benar, dgn sang pemerintah di lihat lemah, tak mampu mengawal kenaikkan harga barang.
Dgn janji royalti 20% kepada negeri pengeluar minyak, saya melihat tidak mustahil ahli parlimen dari BN akan melompat ke PAKATAN RAKYAT. bagi ahli parlimen yang mementing kepentingan rakyat semestinya akan menerima tawaran dari ketua umum PKR .
sama sama kita nantikan