Tuesday, September 9, 2008

Tak Bermoral kah Lompat-lompat??

16 September seperti di war-warkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menubuhkan kerajaan pusat yang baru. Sejak perkara ini di war-warkan, ramai lah puak-puak penyokong Bn dan UMNO khususnya mengatakan perkara melompat parti tidak bermoral dan melanggar lunas demokrasi. Dibawah saya akan menulis ulasan Prof Abdul Aziz Bari pensyarah undang-undang UIA.

AMBIL ALIH KERAJAAN IKUT PERLEMBAGAAN

Penyeberangan beramai-ramai ahli2 parlimen Bn kedalam PR paa 16 sept ini adalah proses biasa yg diizinkan oleh perlembagaan , demikian ditegaskan oleh Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Sebagaimana didalam sistem Westminister di seluruh dunia apabila kerajaan yg memerintah kehilangan sokongan maka ia mesti meletakkan jawatan.

Itu semua terkandung dalam perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.Jadi bagaimana boleh dikatakan itu semua tak sah? soal Prof undang2 UIA itu ketika diminta menberi komen kepada dakwaan bohawa tindakan menyertai PR itu idak sah dan tidak bermoral serta menkhianati mandat para mengundi.

Dr Abdul Aziz menambah kejadian menyeberang parti yg diikuti oleh perletakkan jawatan oleh kerajaan yg ada telah berlaku beberapa kali di Malaysia dan ini seharusnya tidak dilupakan. Dengan kata lain ,undang2 dan amalan politik sejak Merdeka menbenarkan penyeberangan itu katanya lagi.

Beliau berkata insiden seumparma itu berlaku pada 1962 di Terengganu dan kemudian di Sabah 1994. Apa yg menarik ialah dlm kedua-duanya insiden tersebut UMNO sendiri yg menjadi dalang dan pengaturnya, jelas beliau. Tambah beliau undi tidak percaya ini penting kerana pilihanray perlu dielakkan sedapat yg mungkin.

Meskipun Yang di Pertuan agong munpunyai budi bicara menbubarkan Dewan Rakyat,kerajaan yg memerintah tidak boleh memaksa baginda berbuat demikian. Baginda mesti mencari jalan untuk mengelakkan pilihanray kerana ia baru sahaja diadakan Mac lalu. Pilihanraya juga tidak harus diadakan kerana didalam senario sekarang ada potensi dan kemungkinan untuk sebuah kerajaan baru dibentuk melalui parlimen yg ada. kata pakar perlembagaan dan institusi Raja-Raja Melayu itu.

Beliau berkata disisi perlembagaan Yang di Pertuan Agong perlu menbantu menbentuk kerajaan tanpa melalui pilihanraya kerana segala percaturan politik yg berlaku sekrang meskipun menbuat BN begitu cemas dan gabrah, adalah selaras dengan semangat perlembagaan itu sendiri. Mengenai keganasan atau tindakan menjejaskan ketenteraman awam pula DR Abdul Aziz menyebut kerajaan pusat yg dipimpin oleh BN bertanggungjawab dalam kejadian huru-hara di Sarawak pada 1966 dan Kelantan pada 1977. Suasana tersebut berakhir dengan penytiharan darurat di kedua-dua negeri berkenaan. Ini dilakukan setelah kerajaan negeri Kelantan dan Sarawak melalui proses biasa.

Proses biasa itu , kata Dr Abdul Aziz lagi ialah sokongan dan penarikan sokongan oleh ahli2 parlimen dan cara yg lazim digunakan itu ialah melalui undi tidak percaya. Malangnya ini tidak diperincikan dengan jelas oleh perlembagaan dan ini digunakan oleh BN untuk melakukan pelbagai helah bagi menyekatnya. kata DR abdul Aziz Bari.

Menyingkap sejarah , pensyarah undang2 itu berkata UMNO sendiri menggunakan undi tidak percaya untuk menjatuhkan Harun Idris MB Selangor pada 1976 dan juga MB Kelantan Mohamad Nasir pada 1977. Kekeliruan yg disebarkan BN memberikan imej yg negatif kepada sistem demokrasi kita bahkan undi tidak percaya juga berlaku di Thailand dan Jepun meskipun mereka tidak dikenali sebagai negara Westminster.

Mengenai ugutan dan rasuah beliau berkata ini semua menyalahi undang-2 dan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa. "Mengugut boleh ditafsirkan sebagai menhalang ahli parlimen menjalankan tugas dan ini adalah satu kesalahan jenayah yg dilarang oleh kanun keseksanan . Begitu juga dengan rasuah." jelasnya lagi.

Beliau berkata perbuatan ini melanggar batasan undang2 dan moral. Ditanya mengenai soal moral penyeberangan yg begitu banyak dibangkitkan, Dr Abdul Aziz berkata soal itu tidak timbul kerana ahli2 parlimen bebas menyatakan sokongan mereka. Selain itu rakyat juga boleh menyatakan sikap dan pendirian mereka dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Beliau hairan kenapa soal moral itu terlalu dibesar-besarkan sedangkan ia tidak disebut langsung ketika UMNO menjatuhkan kerajaan-kerajaan negeri di Sabah,Sarawak , Kelantan dan Terengganu. Malahan ketika itu UMNO mendakwa mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan rakyat iaitu menbela rakyat dari kerajaan yg mereka dakwa korup dan tidak berkemampuan.

Sekarang tidak timbullah lagi soal moral atau lunas demokrasi. Diharap puak-puak UMNO usah lah menpersoalkan lagi ....

Sunday, September 7, 2008

Menyingkap Tabir Ramadhan

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, ditambat padanya syaitan-syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.

Hadith riwayat Al-Baihaqi di dalam Al-Syu`ab daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:Maksudnya: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.

Hadith riwayat Al-Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat. Firman Allah dalam hadith qudsi:Maksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah swt membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.

Kedatangannya dinanti, pengisiannya dicari.
Selamat Menyambut Ramadhan.

*tulisan ini saya ambil dari blog Marina semoga kita semua mendapat ikhtibar dariNYA.

Friday, September 5, 2008

Lawatan Sambil Belajar?

Naik tergelak saya mendengarnya. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LUAR NEGARA... Tengah ekonomi negara tengah tenat BN-BBC boleh menganjurkan lawatan ke luar negara? Dan yg paling aku pelik TPM meluluskan pulak..

Bagi aku nie untuk mengagalkan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim menbentuk kerajaan yang diura-urakan 16 september nie. Tapi PM sudah mengatakan tidak takut dengan KHABAR ANGIN ini.. Jika tidak takut mengapa perlu adakan lawatan di waktu sekarang? Jawapan biasa.. KEBETULAN....