Monday, June 30, 2008

Nyawa Anwar Ibrahim Terancam ketika ini


Keputusan Dr Syed Husin Ali untuk menyembunyikan Anwar Ibrahim (walau di manapun dia disembunyikan) adalah tindakan bijak dan mereka mempunyai alasan kukuh. Tuduhan ‘Musang Berbulu Ayam’ telah menunjukkan konspirasi menjatuhkan Anwar beralih ke Fasa ke II. yang mana Fasa I adalah pada tahun 1998 lepas. Sidang Media bersama Anwar Ibrahim berkenaan tuduhan Saiful Bukhari yang bertempat di Quality Hotel nampaknya mengecewakan wartawan kerana Anwar tidak menghadirkan diri. Beliau menerima ugutan bunuh dwooh…


Dr Wan Azizah berkata, suaminya itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman, justeru antara sebab beliau tidak hadir ialah berhubung soal keselamatannya. Beliau kesal dengan pihak yang cuba menjatuh dan mengaibkan Anwar sekali lagi dengan cara ‘politik setan’ seperti yang berlaku pada tahun 1998 dahulu.
Masih ingatkah kita akan kekejaman pihak polis yang membelasah anwar sehingga matanya lebam? Dia dibelasah ketika belum dijatuhkan hukuman bersalah. Korang tau tak kekejaman polis terhadap Anwar sama sekali tidak boleh diterima. Beliau belum terbukti bersalah tetapi langsung didera dan diaibkan.


Inilah kekejaman pihak polis terhadap Anwar Ibrahim.
Anda mungkin sudah semakin lupa akan konspirasi 1998 yang melibatkan Ketua Polis Negara, Musa Hasan dan juga Peguam Negara, Ghani Patail tetapi kali ini pula DS Anwar Ibrahim telah difitnah oleh Musang Berbulu Ayam. SICK MAN! Setelah dia tahu tembelangnya hampir pecah, dia membuat keputusan untuk menyerang sebelum diserang. Bengong punya anak! Nantikanlah jawapan daripada drama yang kau cipta sendiri!
UPDATE:
Kami menerima maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran yang memaklumkan kepada kami ada cubaan untuk membunuh DSAI di mana beberapa orang pembunuh upahan (hired killer) telah dibawa masuk baru-baru ini.

Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:
1.Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj;
2.Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan;
3.Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit;
4.Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu;
Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne;
Jadi berdasarkan rentetan cubaan membunuh ini, kami berpendapat maklumat yang kami terima berkenaan cubaan terbaru ini tidak bolej dipandang ringan. Atas sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI. Kami berharap rakyat bertenang namun sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih. Adios
Zulkifli Noordin
Blog DSAI sangat sibuk ketika ini. But i manage dapatkan info dari DSAI melalui blog YB Zulkifli Noordin.
Saya tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!
Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.
Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.
Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.
Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.
Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.
ANWAR IBRAHIM
* Video Anwar Ibrahim out from Turkey Embassy boleh click di sini
sumber dari ladymariah

Gambar-gambar Saiful Bukhari B Azlan











SELAMATKAN ANWAR DARI TUDUHAN LIWAT!

Tuduhan terhadap anwar sekali lagi menggemparkan negara kerana spekulasi ini adalah tuduhan kali ke 2 yang dikenakan terhadap DSAI yang mana sebelum ini didakwa di atas tuduhan yang sama pada 1998. Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.
Siapakah Mohd Saiful Bukhari B. Azlan? Mari kita lihat siapa yang kena… Hehehe. Jom kita baca dengan teliti statement Saiful:
“Saya Mohd Saiful Bukhari B Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”
Manakala kita baca pula kenyataan media dari DS Anwar Ibrahim sendiri:
29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.
Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.
ANWAR IBRAHIM
Saya memang tidak percaya dengan dakwaaan Saiful. Pendedahan ‘Musang Berbulu Ayam’ oleh Najwan Halimi akan saya sertakan di sini dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya kerana ini adalah strategi perang dalam politik. Saiful dihantar oleh pihak musuh untuk menjadi telinga dan mata pihak yang satu lagi, tetapi tanpa disedarinya, dia adalah anak kecil yang ‘belum pernah menjilat garam’. Tuduhan yang dilaporkannya itu menghancurkan masa depannya sendiri.

baca selanjutnya link

Wednesday, June 25, 2008

CERAMAH EZAM TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN.

Semalam rabu 25/06/08 bekas ketua pemuda PKR telah di jemput mengadakan satu ceramah perdana yang di beri nama SIRIH PULANG KE GAGANG. Sambutan yang diberikan amat lah menyedihkan kerana tidak sampai 200 orang yg menghadiri ceramah tersebut. Ceramah anjuran pemuda umno bahagian bandar tun razak di mana ketua pemuda bahagian adalah RIZALMAN DATO MOKHTAR telah menyambut kedatangan saudara EZAM

Amat menhairankan jika dahulu saudara EZAM mampu menarik beribu-ribu pendengar ketika berceramah di pentas PKR tetapi apabila saudara EZAM berceramah di pentas UMNO kehadiran amat lah sedikit. Itupun ada ura-ura mengatakan pihak penganjur menyediakan bas percuma kepada mereka untuk mendengar ceramah daripada saudara EZAM.

Isi kandungkan yang di sampaikan saudara EZAM amat mengecewakan dimana saudara EZAM hanya menyampaikan kepincangan parti lamanya itupun kalau benar ada kepincangan. Dan juga saudara EZAM ada mengatakan saudara terdekat kepada DATUK SERI ANWAR menguasai syarikat KDEB. Aduh kenapa nak menberitahu yang PM kita pun menberi tender secara tertutup kepada syarikat anak lelaki PM sendiri? Inikah perjuangan baru EZAM? Bak kata pepatah 'kuman di hujung dunia nampak, gajah di depan mata tak nampak'. Janngan buat2 tak nampak EZAM. Nanti terlanggar gajah tersebut.

Sebelum EZAM menyampaikann ceramah seorang lagi bekas peminpin PKR mungkin nama dia saya dah lupa. Badan gemuk2 , bekas ketua pemuda umno teluk intan tahun 1998. Entah lah, tak popular pun si gemuk nie, tapi dengan gaya cukup macho si gemuk ini mengatakan bahawa DATUK SERI ANWAR mengadaikan maruah melayu. Sama seperti MELAKA mengadaikan maruah orang2 melayu kepada PORTUGAL. Apa punya bodohlah si gemuk nie. Tak tahu sejarah.Bila MELAKA mengadaikan maruah bangsa melayu? Melaka di jajah oleh PORTUGIS di sebabkan pembelot orang melayu menbocorkan rahsia pertahanan melaka kepada PORTUGIS. Dan penkhianat orang melayu di melaka sama juga dengan EZAM and the geng. Dimana kemenangan rakyat semakin hampir muncul lah EZAM and the geng cuba mengagalkan kemenangan rakyat.

Berbalik pada EZAM, saudara EZAM tidak ada pun menyebut kesusahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak dan kesan kenaikan harga minyak terhadap orang melayu khususnya. Mungkin merasa 'berhutang budi' kepada PM sehingga kepentingan rakyat di ketepikan. Sifat saudara EZAM jauh sekali ketika EZAM berucap di pentas PAS di johor klik sini
.

Mungin kerana pangkat manusia berubah. wahwahualam..

Tuesday, June 24, 2008

CABARAN TERHADAP 129 AHLI PARLIMEN YANG MENYOKONG KENAIKAN HARGA MINYAK.

Pak lah dengan bangganya mengatakan rakyat dan ahli parlimen menyokong beliau menaikkan harga minyak. Betul ker?

Yang menyokong beliau adalah ahli2 parlimen dr BN. Tidak tentu lagi rakyat yang berada di kawasan parlimen wakil rakyat BN turut setuju dengan kenaikkan harga minyak.

Seterusnya Wakil2 rakyat BN dengan bangga minyak mesti dinaikkan kerana kenaikkan minyak global. Naik tergelak apabila saya mendengarnya.Dan perbandingan paling popular minyak di Malaysia lebih murah daripada Thailand dan Singapura negara bukan pengeluar minyak.

Disini saya mencabar kesemua 129 wakil rakyat BN supaya mengosongkan kerusi anda semua supaya di adakan pilihanraya kecil semula di kawasan yang YB-YB dari BN menanggi. Di sini kita dapat lihat adakah rakyat menerima atau tidak kenaikkan harga minyak yang secara membabi buta.

Wakil rakyat yang pertama harus menerima cabaran ini adalah khairy jamaludin ahli parlimen rembau. Adakah KJ 'gentlemen' mengosongkan kerusi yang beliau menanggi di pru ke 12. Jika beliau yakin rakyat menyokong kenaikkan harga minyak ini beliau tidak perlu takut. Tetapi saya merasakan KJ takut mengosongkan kerusi parlimen rembau. KERANA APA..Beliau bukan lah seorang yang berani menyahut cabaran. Beliau hanya berani berkokok di media massa, tv, atau pun di dewan rakyat yang majoriti penyokong BN. KERANA APA saya berkata begitu, sebab sehingga kini beliau masih tidak berani menyahut cabaran debat Badrul Hisham sejak pilihanraya lalu.

Wednesday, June 18, 2008

respon terhadap tulisan yb kj

salam reformasi yb...perjelasan yg panjang lebar...tapi adakah makcik2.pakcik2 di rembau khusus nya faham yb?? yg mereka perlukan keselesaan hidup bersama keluarga..kemana pergi keuntungan PETRONAS..??jika minyak dunia naik melambung..tidakkah PETRONAS juga akan menjual hasik minyak dengan harga tinggi?? atau PETRONAS bodoh menjual minyak pada harga yg rendah? setahu saya yb..kegunaan harian minyak di malaysia lebih rendah drp keluaran..bermakna PETRONAS ada lebih untuk di eksport..tidakkah ini keuntungan?jika yg menyoalkan tentang rizab simpanan? adakah PETRONAS akan mengurangkan eksport untuk kegunaan masa hadapan? saya rasa tidak...tindakan untuk menaikkan harga minyak bagi saya untuk mengunaan harian rakyat dan secara tak langsung eksport PETRONAS akan lebih banyak dan keuntungan PETRONAS akan lebih banyak..betul tak? kenapa kita nak menperbodohkan rakyat ?? yb di pilih untuk menbantu rakyat..tapi kenapa yb menperbodohkan rakyat??

Thursday, June 5, 2008

ISLAM HADHARI MENGAJAR BERBOHONG...

Apalah nak jadi dgn imam ISLAM HADHARI nie. Asyik menipu rakyat jer..Dah imam pun kuat penipu..Patut lah makmunnya pun cakap tak serupa bikin..Penipu..Tak tahu lah kitab mane lah yang di ikut oleh imam ISLAM HADHARI nie..Makin lama..makin banyak pembohongan dan penipuan di lakukan oleh imam dan makmum ISLAM HADHARI nie.Mari kita tengak sepanjang 5 tahun imam ISLAM HADHARI memerintah berapa punya banyaklah imam ini menbohonggi dan penipuan yg di buat oleh iman dan makmum ISLAM HADARI.

1.Mula-mula dapat peggang jawatan imam. imam pun menbuat mahzab baru yang di beri nama ISLAM HADHARI.. apa maksud sebenar ISLAM HADARI nie? entah lah..ISLAM ada banyak sanggat ker mahzab? kenapa nak menggunakan nama ISLAM HADHARI? ISLAM yang sebenar yang di bawa NABI MUHAMMAD S.A.W ini tidak sempurna ker? Ada cacat cela ker ISLAM yang sebenar? Kenapa tak ambik AL-QURAN dan SUNNAH sebagai panduaan..kenapa dIperlukan satu mahzab yang bernama ISLAM HADHARI? Agama pun imam nie nak menipu..aduh..kata cucu kepada ulama..tapi kuat menipu..

2.Baru pegang jawatan imam, bersemangat bercerita nak menhapuskan RASUAH.. nak menbebaskan negara yang tercinta daripada RASUAH..nak menhadapkan jerung-jerung besar ke muka pengadilan..tapi..dah 5 tahun.. maner yer 18 kes berprofil tinggi yang di ura-urakan 5 tahun dulu? Rakyat menunggu-nunggu..adakah imam yang baru ini dapat mengurangkan dan menhapuskan RASUAH..dah 5 tahun..maner 18 kes berprofil tinggi yang di sebut dulu?? menipu lagi...

3.Banyak sanggat penipuan yang dilaku kan oleh imam nak makmum ISLAM HADHARI nie... sampai tak tahu maner satu aku nak taip kat sini..kita yang baru-baru nie jelah.. tarikh 12 feb 2008 bila wartawan tanya bila pru ke 12, imam dgn muka selamber jer mengatakan lambat lagi pru12...Tut-tut 13 feb 2008 parlimen di bubarkan..ishish..aper punya imam lah..menipu jer..ari nie kata tak akan bubar parlimen..tut-tut..esok bubar parlimen..penipu jer imam nie..sape lah yang lantik dia nie menjadi imam..tak tahu lah aku..PENIPU LAGI

4.Yang nie penipuan bukan di lakukan oleh imam..tpi kira macam timbalan imam lah...bila ura-ura yang minyak petrol akan di naikkan selepas pru12..dgn tegas nya timbalan imam nie mengatakan..JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN...MINYAK TIDAK AKAN DI NAIKKAN..KERAJAAN MASIH MAMPU MENAMPUNG SUBSIDI MINYAK.. aduh..lepas 3 bulan pru12.. naik lak minyak ..banyak lak tue...78 sen tue..dekat 41%..aaper nak heran..dah imam pun penipu timbalan imam pun ikut penipulah...DAH MEMANG GOLONGAN PENIPU..

5.Penipuan kali ini bukan dilakukan oleh imam atau timbalan imam..tapi di lakukan menteri perdagangan..kira macam tok siak atau bilal dioranglah..aduh..mula kat kemungkinan minyak petrol akan naik bulan ogas..kira rakyat semua cam stanby lah.. tut-tut 4haribulan 6 imam mengumumkan esok minyak naik..agak nya imam nie tak tahu kot.. bulan ogas tue bulan berapa..tok imam bulan ogas tue bulan 8.. bukan bulan 6.. aper punya banggang tok imam nie.bulan pun tak tahu..atau nak menipu rakyat lagi...dah gian nak menipu.. nak buat cam maner dah sebati...PENIPU...

6.Dari penipu timbalan imam dah naik satu taraf lagi..CAKAP TAK SERUPA BIKIN..kalu peribahasanya..MACAM KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS..kenapa aku kata begitu.."Timbalan imam :�Rakyat hendaklah mengubah gaya hidup dan belanja secara berhemah"..lebih kurang macam nie lah kenyataan timbalan imam... aper lah..nak ubah cara hidup macam maner? kalu imam dan makmum yer tak ubah cara berbelanja duit rakyat..jangan buat duit kerajaan tue duit macam duit bapak korang yang punya...duit tue rakyat yang punya..cam dialog ahmad albab lah pulak..lagi satu kisah dr informe yang dapat di percayai..isteri kepada timbalan imam nie suka shoping..kalu shoping duit dia sendriri tak pe lah..nie shoping pakai duit rakyat...shoping lak kat luar negara..aduh...rakyat di suruh mengubah cara hidup..tapi isteri dia tak suruh lak bercermat cermat...takut bini kot...HABIS DUIT RAKYAT...

7.Orang dulu-dulu pernah berkata..CAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI PENCURI..nie yang telah terjadi pada imam dan makmum ISLAM HADHARI..daripada penipu, imam dan maklum dah menjadi pencuri..asyik mencuri duit rakyat..kesiankan lah nasib rakyat...asyik menipu..mencuri duit rakyat..aduh hai...macam nie punya imam pun ader org boleh percaya.. tepuk dada tanya selera..

*kepada org yang menbaca ruangan ini....sanggupkah kita di tipu dan di bohonggi oleh pemimpin macam nie? TUKAR SEBELUM PARAH..TUKAR DEMI MARUAH..BERSAMA DENGAN PAKATAN RAKYAT

Wednesday, June 4, 2008

MINYAK NAIK LAGI...

Amat mengejutkan...minyak naik secara tiba-tiba..menjadikan suasana huru-hara seluruh negara..kenaikan yang tiba-tiba tanpa sebarang signal atau isyarat jelas dari pada kerajaan BN.

sejak akhir-akhir ini. paklah makin suka menipu..ajaknya ajaran islam hadhari menbenarkan peminpin menipu rakyat..dah tabiat.dulu tipu rakyat pasal tarikh pilihanraya..sekarang tipu pasal kenaikan harga minyak..dah tabiat BN menipu rakyat..mana pergi ulama2 islam hadhari.??tak ajarkah korang yang menipu rakyat tue berdosa..banggang..

Bercerita lak pasal ekonomi..memang kenaikan minyak di seluruh dunia..aku pun tahu..nenek yg tak pandai baca pun tahu..tetapi Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak..di ulanggi pengeluar minyak..bila harga minyak naik secara tidak langsung PETRONAS akan mendapat keuntungan yang lebih..sepatutnya kerajaan BN perlu mengumunkan keUNTUNGan PETRONAS secara terbuka..baru rakyat tahu berapa keuntungan petronas.

Malas aku nak layan paklah yang kurang bijak nie..muka cam baik..tapi bertopengkan binatang..tak pernah tahu kesusahan rakyat...aku makin tak sabar..bilalah mp-mp darai sabah dan sarawak nak lompat nie..lompat lah cepat-cepat..makin lambat korang lampat makin banyak dosa aku mengutuk paklah nie..makin geram rakyat tengok muka dia..macam tak bersalah jer dia naikan minyak..dia ingat duit kerajaan tue duit bapak dan suku sakat dia punya..bodoh...