Saturday, July 26, 2008

Senang Menkritik Tapi Takut Dikritik.

Hari ini secara tidak sengaja saya memasukki sebuah blog yang di beri nama KERIS PUSAKA MELAYU . Apabila menbaca tulisan di dalam blog tersebut boleh dikatakan blog tersebut pro kepada UMNO dan BN terutama ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Hebat, penulis blog tersebut menbuat kajian secara terperinci tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dari tarikh lahir, sifat-sifat orang yang lahir pada bulan Ogas. Tahniah saya ucapkan. Antara kajian yang di buat oleh penulis bodoh tersebut, antara sifat orang yang lahir pada bulan Ogas MUDAH TERTAWAN PADANYA. Nak tergelak pun ada. Apa punya khurafat lah orang-orang UMNO nie. Banggang tak sudah-sudah.

Antara penulis bodoh itu menulis , bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mudah menawan hati Ini bakat semulajadi yang ada pada diri beliau. Hingga ribuan sanggup berkumpul ( tanpa diketahui diberi upah atau sebaliknya ) dan itulah yang terbaru terjadi di dataran merdeka Kelab Sultan Sulaiman di tengah kotaraya Malaysia 14 April lepas. Dan menyebabkan ramai termasuk PAS tertawan dengan beliau…aduh hai..Saya nie pergi ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim merata-rata. Dan saya tak pernah di bayar, menerima bayaran seperti yang di amalkan UMNO. Mungkin penulis banggang nie beranggapan Pakatan Rakyat sama dengan BN dan UMNO. Setiap ceramah yang di lakukan UMNO di tabur dengan wang ringgit. Kalau pakai duit UMNO sendiri tak per lah, ini pakai duit kerajaan lak. Aduh...BODOH..

Selepas menbaca tulisan penulis banggang tersebut saya ingin lah menberi sedikit kritikan. Biasanya diblog-blog penulis menberi kebenaran untuk dikomen tulisannya, tetapi di blog penulis bodoh UMNO tersebut, tak di benarkan. Aduh..SENANG MENGKRITIK TETAPI TAKUT DI KRITIK. Itulah budaya dalam UMNO. Balaci-balaci bodoh UMNO ini beranggapan apa yang mereka lakukan semuanya betul..

-Angahsp-inilah kerja-kerja balaci-balaci umno. begitu taksub pada umno. saya pun bukanlah taksub pada DSAI tetapi apabila saya melihat kezaliman, kekejaman yang dilakukan kepada DSAI sebagai bangsa melayu dan umat ISLAM saya beranggapan WAJIB bagi umat ISLAM menbantu umat ISLAM yang lain apabila di fitnah dan di zalimmi..

Thursday, July 24, 2008

Siapa Yang Sebenarnya MUNAFIK..

Semalam saya sempat mengunjunggi sebuah blog sahrul . Di situ menyatakan tentang Saiful mengugut sharul. Boleh lah siapa-siapa nak baca sendiri. Saya tak boleh masuk friendster si Saiful kerana saya tak ada akaun friendster.

Melalui blog shahrul saya menbaca yang si Saiful mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang munafik. Dulu pun si Saiful pun pernah mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang munafik.

Sebenarnya siapa yang sebenarnya munafik. Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Saiful Bukhari Azlan? Entahlah.

Setahu saya pada 27 jun 2008 kawan-kawan saya dari AnwarIbrahimClub telah menerima undangan ke rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut Dalam. Dan mengikut kata kawan-kawan saya semasa perjumpaan itu Saiful turut berada di situ. Peliknya.

Mengikut laporan polis Saiful bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya pada 26 jun 2008 dengan paksa. Pelikkan. 26 jun kata di liwat. 27 jun masih setia melayan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 28 jun buat laporan polis dakwa di liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi sebenarnya siapa yang munafik?

-Angahsp-Tiba-tiba si pondan ini bersuara lantang menunjukkan kelakiannya. Ada lagi sifat kelakiannya. Kalau ada sifat kelakian mengapa dengan mudah si pondan ini di liwat oleh orang tua yang berumur 61 tahun. Lu Fikirlah Sendiri

Wednesday, July 23, 2008

IKHLASKAH UMNO DALAM BERMUZAKARAH DENGAN PAS.

Mungkin tajuk yang saya pilih kali ini hampir sama dengan satu artikel dari blog pro umno iaitu selangordaily. Tapi dalam blog pro umno itu menpersoalkan keikhlasan PAS, tapi saya menpersoalkan keikhlasan UMNO.


Sebenarnya saya begitu gusar sekali apabila sejak lebih sebulan lalu ura-ura tentang kemungkinan PAS akan menyertai UMNO. Betulkah khabar angin ini atau salah satu usaha terdesak UMNO untuk menyelamatkan kedudukan mereka yang semakin pupus dimuka bumi MALAYSIA ini. Atau pun hanya untuk memecah-belahkan perpaduan PAKATAN RAKYAT yang dilihat semakin kuat.


Tapi apabila Perdana Menteri 'menbocorkan' rahsia pada 20 julai di akhbar-akhbar menyatakan UMNO dan PAS telah 3 kali berjumpa. Amat mengejutkan. Benarkah dakwaan Perdana Menteri atau satu bohongan. Disaat PAKATAN RAKYAT diuji dengan tuduhan fitnah LIWAT terhadap DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, Perdana Menteri mengejutkan dengan dakwaan beliau sudah 3 kali berjumpa dengan wakil PAS.


Sehari selepas Perdana Menteri mendakwa berjumpa dengan wakil PAS, ahli parlimen shah alam mengiyakan berita tersebut. Tetapi Khalid Samad menafikan berjumpa Perdana Menteri sebanyak 3 kali.Khalid Samad berkata beliau dan 2 lagi peminpin PAS hanya berjumpa Perdana Menteri 2 kali.Mana satu yang nak percaya nie. Berapa kali sebenarnya Perdana Menteri berjumpa wakil PAS ini? Memang sudah kebiasaan Perdana Menteri kita berbohong. Saya melihat keikhlasan Perdana Menteri DIRAGUI.


Pelik, mengapa sekarang UMNO beriya-iya sanggat hendak bermuzakarah dengan PAS? Mengapa sebelum PRU-12 UMNO mengajak PAS bermuzakarah tentang perpaduan melayu dan umat ISLAM. Mengapa baru sekarang UMNO beriya-iya begitu mementing kepentingan melayu dan umat ISLAM?

Jika sebelum ini ahli2 UMNO sering mengatakan PAS adalah Parti Ajaran Sesat. Sekarang mengapa pula peminpin UMNO beriya-iya sanggat ingin kan muzakarah ini dilaksanakan.?Bagi saya keikhlasan UMNO perlu dikaji. Adakah benar UMNO benar2 mementingkan kepentingan melayu dan umat ISLAM? Bagi saya UMNO hanya berpura-pura. Saya akan menberikan beberapa alasan untuk mengukuhkan dakwaan saya yang UMNO hanya berpura-pura menjaga kepentingan melayu dan umat ISLAM.

1.Mengapa selepas UMNO kalah 5 negeri di PRU12 Mac yang lalu baru kepentingan melayu dan umat ISLAM di bangkitkan UMNO.Jika sebelum ini kepentingan melayu dan umat ISLAM dipandang sebelah mata saja oleh UMNO.

2.Mengapa dulu UMNO sering menhina dan menkeji ahli-ahli PAS dengan pelbagai2 tuduhan seperti PAS Parti Ajaran Sesat dan pelbagai-2 lagi.?

3.Merasuah peminpin PAS dengan beberapa jawatan. Mungkin UMNO berangapan sikap peminpin PAS seperti sikap peminpin UMNO?

4.Jika benar kepentingan melayu dan umat ISLAM diutamakan,mengapa sebelum PRU12 mereka bermuzakarah?

5. Sikap tidak jujur Perdana Menteri menbocorkan perjumpaan antara peminpin PAS dan UMNO di lihat untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Cukup lah 5 alasan saya menolak muzakarah ini. Bukan saya tidak inginkan kepentingan Melayu dan umat ISLAM diutamakan. Tetapi pandangan saya kepentingan melayu dan umat ISLAM lebih terjaga di bawah Pakatan Rakyat dan PAS umumnya. UMNO telah gagal menpertahankan orang melayu dan umat ISLAM. Berapa ramai orang ISLAM yang murtad dibawah pemerintahan UMNO. Seeloknya peminpin PAS yang pro muzakarah melihat kembali apa yang telah UMNO lakukan kepada PAS pada tahun 1977. Renungkan kembali sejarah Memali. Ingatkan kembali apa yang mereka lakukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan tidak mustahil juga mereka akan mengulanggi sejarah kembali setelah mereka mendapat kekuatan.

-angahsp- saya pelik sebenarnya. mengapa baru sekarang mereka ingin bermuzakarah. mengapa tidak sebelum pru12. mengapa tidak setahun lepas. mengapa tidak 10 tahun lepas. alasan saya mudah. mereka hanya ingin menguatkan kembali parti mereka dengan memecah-belahkan perpaduan yang semakin kuat di Pakatan Rakyat.



Tuesday, July 22, 2008

Adakah Benar Saiful Di liwat.....





  • APA BENAR SAIFUL DILIWAT?

    1. Dengan tubuh badan Saiful yang sasa, tinggi dan masih muda dan kuat macam tu bolehke Anuar rebahkan dia sampai Saiful tak mampu melawan sampai ternoda diliwat? Pelik!!!

    2. Kalaulah memang yelah sangat Anuar liwat dia itu maknanya dia sendiri yang tongggeng punggung dia secara sukarela kat Anuar. Betultak?

    3. Saya tak pernah pulak dengar selama ini kalau-kalau Anuar adalah pemegang ‘Black Belt’ sampai boleh mengalahkan pemuda segagah Saiful.

    4. Kalau betul-betullah Saiful datang mengadu kat Najib dia diliwat oleh Anuar, tak boleh ke Najib perangkap Anuar dengan mengumpan Saiful ke sesuatu tempat kemudian diam-diam aksi ranjang mereka dirakam dengan kamera video yang tercanggih ? Tentu lagi mudah nak dakwa Anuar kerana bukti lebih kukuh. Lagi pun Najib sendiri kata dia tak tahu dakwaan Saiful itu betul ke tidak kerana dia tak kenal pun Saiful. Apa tak boleh ke Najib minta kerjasama pihak polis memasang kamera spy bagi tujuan itu dan saya rasa mustahil polis tak boleh buat begitu?
    Tentu masih segar di ingatan kita semua bagaimana Chua Soi lek dah tak dapat berdalih lagi bila rakaman video lucah beliau disiarkan kapada umum dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri kesihatan sampai beliau terpaksa pula meminta maaf secara terbuka.Saya percaya pihak polis pasti akan bantu Najib untuk membuat rakaman tersebut kalau betul-betul itu boleh membuktikan Anuar memang peliwat.

    5. Saya percaya kalau betul Anuar peliwat, Wan Azizah sendiri dah lama tinggalkan Anuar kerana dah pasti sesekali Anuar akan cuba meliwatnya. Saya percaya Wan Azizah sendiri tak rela bersuamikan seorang homosex.

    6. Budak Saiful tiga bulan lalu datang kepada Najib kerana ada masalah kewangan (nak mintak biasiswa) tapi tiba-tiba kali ni datang nak report dia diliwat oleh Anuar.Apa-apahal pun mudah je budak ni datang mengadu kat Najib, memang sah lah Najib rapat dengan Saiful ni.Ingat orang biasa macam kita ni senang-senang nak jumpa najib, kat rumah pulak tu.

    7. Satu hal lagi tak salah kalau orang ramai boleh syak Saiful yang ada masalah kewangan akan menerima tawaran yang lebih lumayan daripada sekadar biasiswa, sebabtu dia berjumpa Najib berikutnya. Kalau RM juta-juta orang tawar kat kita sendiripun dalam keadaan kita ada masalah kewangan tak kelabu mata kita dibuatnya.

    8. Saiful mendakwa beliau telah berkali-kali diliwat oleh Anuar makna secara perbadi beliau sendiri boleh menjerat Anuar dengan kerjasama ahli keluarganya sendiri atau dengan bantuan pencegah maksiat, mat skodeng atau polis pada bila-bila masa saja tetapi kenapa ini tidak dilakukannya? Sedangkan ini mudah dilakukan kerana Anuar tiada berkuasa dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

    9. Yang paling menghairankan mengapa Saiful masih terus bersama Anuar setelah beliau diliwat buat pertama kali oleh Anuar? Adakah beliau dikurung oleh Anuar sepanjang beberapa kali beliau diliwat oleh Anuar? Saya ingin bertanya pada anda semua apakah jika anda menjadi Saiful anda sanggup terus berdamping dengan Anuar setelah diliwat buat kali pertama? Kalau saya masatu jugak saya akan kebalai polis buat report.

    10. Dalam keterangan Najib seperti di sidang media pertama berhubung kes ini, Najib menyatakan yang Saiful berjumpa dengan pegawai beliau Khairil Anas.Saya tidak mahu menuduh apa-apa tetapi menurut banyak sumber menyatakan bahawa Khairil Anas sendiri adalah GAY.Itu saya tak tahu benar atau tidak, ada sesiapa yang boleh mengesahkan perkara ini? Dalam kepala saya banyak persoalan yang boleh timbul berhubung Saiful dan Khairil Anas.Sewaktu sidang media pertama ini Najib berkata bahawa Saiful hanya berjumpa Khairil sahaja dan tidak berjumpanya sendiri tetapi pada sidang media kedua barulah Najib mengaku bahawa sebenarnya Saiful ada berjumpa sendiri dengan beliau.(Itupun setelah PKR membuat kenyataan saiful ada berjumpa Najib sendiri sebelum ini). Percanggahan kenyataan menimbulkan banyak persoalan?

    11. Ezam pun selama ini rapat dengan Anuar pun pasti diliwat juga agaknya?
    Sebagai rakyat Malaysia saya mengharapkan semua ini tak berlaku,malu oooii mana nak letak muka kita kat negara luar bila nak ulang peritiwa usung tilam kat mahkamah..segan…segan..eeeeeeee.

    Jadi anda semua fikirlah sendiri…….!!!!!

    Angahsp- Artikel ini aku ambik dari pinkturle2 malas nak cerita lagi pasal kes liwat ini..Korang baca dan fikirkan sendiri. Tuhan bagi kita otak untuk berfikir yang mana elok yang mana tak elok.Tapi sesetengah orang walaupun tahu perkara tak elok tapi dengan rela hati menerima....

Saturday, July 12, 2008

Polis Bertindak Zalim Terhadap YB Nurul Izzah.

Semalam (11/07/08)aku mendapat satu sms yang mengatakan satu ceramah perdana pendedahan konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan YB Lembah Pantai Nurul Izzah dan Raja Petra Kamaruddin.

Tetapi polis telah bertindak zalim dengan cuba menangkap YB Nurul Izzah dan menakut-nakut penduduk sekitar kg kerinchi dengan kehadiran hampir 500 anggota polis, 10 trak dan 2 meriam air kimia. Apa alasan polis? Seperti biasa lah tidak menpunyai permit. Menbuat rapat umum seperti ini oleh wakil rakyat dikawasan YB Nurul Izzah sendiri pun nak kena permit ker? Apalah punya undang-undang yang polis pakai nie? Tak paham aku. Wakil rakyat bagi aku ibarat ibu kepada rakyat yang diwakilinya. Jika rakyat menpunyai masalah, rakyat akan berjumpa dengan wakil rakyat untuk meminta bantuan atau tindakan yang perlu dilakukan. Dan wakil rakyat pula perlu menberi penerangan dan amanat kepada rakyat yang di wakilinya. Selalu turun padang untuk mendengar rintihan rakyat yang di wakilinya. Dan ceramah sebegini bagi aku tidak perlu permit kerana YB Nurul Izzah telah dipilih oleh rakyat-2 Lembah Pantai untuk menjadi wakil mereka. Dan ceramah semalam adalah untuk menberi penerangan terhadap ekonomi negara, apa yang telah YB Nurul Izzah lakukan untuk memajukan kawasan beliau, dan sebagainyalah.

Polis di Malaysia bagi aku perlu di tukar namanyaidak sesuai lagi polis di digelar Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kerana apa... Kerana polis telah menjadi badan tungangan pihak tertentu untuk menyekat dan menekan suara rakyat. Bagi aku nama yang sesuai diberikan kepada polis adalah PBNM iaitu Polis Barisan Nasional Malaysia kerana menjadi tungangan kerajan BN untuk menyekat suara rakyat. Harus diingat YB Nurul Izzah menang bertanding di kawasan Lembah Pantai kerana majoriti penduduk Lembah Pantai mengundi beliau sebagai wakil rakyat, tetapi polis sebagai badan beruniform dan tidak sepatutnya memihak mana parti politik dan menghalang ceramah tersebut.

Jika perlu sekali pun untuk menhalang ceramah tersebut bagi aku tidak perlu datang dengan anggota polis yg begitu ramai dan di sertai meriam air kimia. Tindakan polis benar2 melampau dan mencampuri hak asasi rakyat. Tindakan polis itu seperti mengambar kan seperti ceramah yang ingin dilakukan seperti sarang penganas. Kami bukan penganas. Kami hanya ingin mendengar penerangan dr wakil rakyat yang kami pilih sendiri. Salah kah?

Tidak mustahillah jika sekarang rakyat tidak lagi menghormati insituasi POLIS seperti dahulu. Jika dahulu anggota polis di hormati dan sering di panggil 'cikgu' tetapi sekarang tidak lagi. Anggota polis tidak lagi di hormati. KERANA APA. Kerana mereka menjadi BARUA pihak berkuasa untuk menyekat kuasa rakyat.

Thursday, July 3, 2008

KONSPIRASI KE 2?

Malam 28 jun 2008 amat merisaukan hati saya. Ini kerana saya mendapat satu mesej dari ADILNEWS yang berbunyi "polis telah menahan pembantu khas DSAI Saiful Bukhari ptg ini dan memaksa beliau menbuat pengakuan diliwat.Polis dijangka menahan DSAI hari ini.Sebarkan". Dihati kecil saya mengatakan mungkin peristiwa 1998 berulang?Hati saya gundah gulana. Semua kerja yang saya lakukan semua tak menjadi.Pada malam tersebut juga 6 orang peserta walk peace di tahan polis di ipd dang wangi.Bertambah gusar hati saya selamat kah peserta tersebut?Dan saya diberitahu 2 orang yang di tahan adalah dr AIC.



Ahad pagi saya menbuka laman Malaysiakini, hampir semua berita melaporkan tentang laporan polis yang di buat terhadap DSAI. Disatu berita ada menyatakan AMK mengumpul semua AMK untuk menhalang polis daripada menangkap DSAI. Saya pun ke hotel quality pada pukul 10.30 pagi. Cuaca pada pagi tersebut mendung,sekejab hujan sekejab berhenti,seperti cuaca juga memahami perasan saya.Gundah gulana.Risau DSAI akan di tangkap dan dipukul seperti 1998. Suasana di perkarangan hotel seperti biasa, aman tidak ada perkara yang tidak diinginni berlaku.Penyokong DSAI merata tempat.Abapila hujan turun mereka semua berteduh di restoran mamak dihadapan hotel tersebut.Saya duduk selama sejam, setelah melihat tidak ada apa-apa akan berlaku,saya pulang ke rumah.



Sedang berehat saya mendapat dua sms, satu sidang akhbar DSWA menyatakan ada percubaan bunuh DSAI, dan DSAI berada di lokasi yang selamat. Alhamdulillah.Pukul 5.30 petang satu sms masuk menyatakan "DSAI berlindung di kedutaan Turki dan di harap semua penyokong berada di situ". Saya sampai di kedutaan Turki lebih kurang pukul 6 petang. Lebih kurang 200 penyokong berada di situ, tetapi tidak kelihatan kelibat DSAI.Saya duduk disitu sehingga hampir maghrib,kemudian saya pulang kerumah sambil menunggu kedatangan SMS yang baru.



Pagi Isnin saya ada juga sms yang masuk, tetapi hati saya masih risau keselamatan DSAI sehingga pukul 6.15 petang satu SMS masuk mengatakan "DSAI setuju keluar dari kedutaan Turki sebentar lagi setelah mendapat jaminan keselamatan dari menteri. Diminta semua penyokong menyambut DSAI dan pukul 9 malam kumpul di hq PKR untuk mendengar amanat DSAI".Dan malam tersebut saya bergegas ke hq PKR untuk mendengar amanat DSAI. Tetapi amat menyedihkan DSAI tidak dapat hadir kerana tengah berbincang dgn peguam2nya. Mujurlah ada peminpin2 PKR, DAP dan Presiden IKRAR menyampaikan amanat kepada penyokong yg hadir.



Pagi selasa saya mendapat satu sms yang menyatakan "DSAI akan menbuat laporan polis terhadap AGP dan Musa Hassan di ipk selangor pukul 2 petang ini". Tetapi kerja yang mehalang saya pergi kesana. Petang itu apabila saya menbuka internet saya telah menbaca satu ruangan di blog chegubard yg menyatakan ceramah tergempar DSAI di stadium melawati malam ini. Saya mesti mesti pergi. Saya sampai tepat dgn kedatangan DSAI. Kehadiran amat mengalakkan.Walaupun pengumuman ceramah tersebut tidak sampai 8 jam, DSAI mampu mengumpul hampir 30 ribu hadiran yang hadir.Sebelum DSAI menyampaikan amanat saudara Azmin telah berucap sebentar, dan kemudian di ambil alih oleh saudara Mat Sabu. Sampai lah DSAI berucap suasana amat gamat dengan laungan REFORMASI. Memang ucapan DSAI amat bersemangat dan DSAI agak marah dengan tuduhan liwat itu. DSAI berucap hampir sejam dan hadirin bergitu bersemangat dgn ucapan dr DSAI. Sesekali laungan REFORMASI berkumandang di stadium. Selepas DSAI habis berucap tiada lagi penceramah, dan hadiran semua berjalan keluar stadium. Untuk keluar juga berlaku kesesakan. Saya terus pulang sambil bersemangat mendengar amanat dr DSAI. LAWAN TETAP LAWAN.



Begitu kronologi peristiwa yg berlaku. Sehingga kini saya amat marah dgn tuduhan tersebut. Tidak puas hati lagikah kerajaan BN menganiaya DSAI. Tidak cukup lagikah DSAI diseksa, dimalukan, di pukul dipenjara, perjalanan mahkamah yang tidak ADIL. SUDAHLAH menganiaya DSAI wahai kerajaan BN. Adakah ini benar-benar konspirasi? Dibawah saya nyatan beberapa fakta untuk kita fikirkan bersama.



1.Gambar di sebelah menunjuk Saiful berada dipejabat TPM sambil bergambar dengan pegawai TPM Khairil Anas Yusuf.Apa tujuan Saiful berada dipejabat TPM. TPM mengatakan Saiful di pejabatnya untuk meminta biasiswa dan gambar tersebut baru 3bulan. Itu kata TPM, tetapi Agenda daily melaporkan gambar tersebut diambil 6 bulan yang lalu.Biasiswa apa yg di minta oleh seorg yang telah di buang oleh universiti kerana pointer kurang daripada 2 pointer. Pelik setahu saya biasiswa hanya diberikan oleh pelajar yang bijak pandai dan pointer mesti lebih daripada 3 pointer.Itu setahu saya lah. Lagi satu sejak bila pula biasiswa diberikan dari pejabat menteri,selalu nya untuk meminta biasiswa dikeluarkan oleh pejabat JPA.


2.Laporan polis yang dibuat juga mengelirukan. Sekejab kata laporan di buat balai polis TRAVES, sekejab kata pondok polis HKL. Mana satu yang betul ini? Jauh sanggat tau perbezaannya.


3.Sejak bila lak ocpd Bakri menjaga balai? Setahu saya ocpd ada pejabat. Ocpd tidak menjaga kaunter menerima laporan. Tetapi ocpd Bakri menjaga kaunter pulak pada hari saiful menbuat laporan.


4.DSAI amat berbahaya diwaktu sekarang kerana kes-kes yang ditakuti oleh TPM. Hari ini saja penyiasat persendirian Bala melaporkan TPM terlibat dgn pembunuhan Altantuya, dan TPM pernah mengadakan hubungan sex dgn Altantuya . Kerana itu lah konspirasi ini bagi mereka perlu di lakukan dengan segera supaya DSAI di penjarakan untuk menyelamatkan mereka.


Tuhan menberi kita akal dan fikiran. Gunakan lah dgn sebijaknya.


*kepada kawan-kawan turunlah beramai-ramai ahad ini 6 julai 2008 menproses kenaikkan harga minyak.Sayang sekali saya tidak dapat turut serta kerana ada kerja yang perlu di selesaikan LANGKAWI. Salam Perjuangan. REFORMASI.