Tuesday, June 24, 2008

CABARAN TERHADAP 129 AHLI PARLIMEN YANG MENYOKONG KENAIKAN HARGA MINYAK.

Pak lah dengan bangganya mengatakan rakyat dan ahli parlimen menyokong beliau menaikkan harga minyak. Betul ker?

Yang menyokong beliau adalah ahli2 parlimen dr BN. Tidak tentu lagi rakyat yang berada di kawasan parlimen wakil rakyat BN turut setuju dengan kenaikkan harga minyak.

Seterusnya Wakil2 rakyat BN dengan bangga minyak mesti dinaikkan kerana kenaikkan minyak global. Naik tergelak apabila saya mendengarnya.Dan perbandingan paling popular minyak di Malaysia lebih murah daripada Thailand dan Singapura negara bukan pengeluar minyak.

Disini saya mencabar kesemua 129 wakil rakyat BN supaya mengosongkan kerusi anda semua supaya di adakan pilihanraya kecil semula di kawasan yang YB-YB dari BN menanggi. Di sini kita dapat lihat adakah rakyat menerima atau tidak kenaikkan harga minyak yang secara membabi buta.

Wakil rakyat yang pertama harus menerima cabaran ini adalah khairy jamaludin ahli parlimen rembau. Adakah KJ 'gentlemen' mengosongkan kerusi yang beliau menanggi di pru ke 12. Jika beliau yakin rakyat menyokong kenaikkan harga minyak ini beliau tidak perlu takut. Tetapi saya merasakan KJ takut mengosongkan kerusi parlimen rembau. KERANA APA..Beliau bukan lah seorang yang berani menyahut cabaran. Beliau hanya berani berkokok di media massa, tv, atau pun di dewan rakyat yang majoriti penyokong BN. KERANA APA saya berkata begitu, sebab sehingga kini beliau masih tidak berani menyahut cabaran debat Badrul Hisham sejak pilihanraya lalu.

Wednesday, June 18, 2008

respon terhadap tulisan yb kj

salam reformasi yb...perjelasan yg panjang lebar...tapi adakah makcik2.pakcik2 di rembau khusus nya faham yb?? yg mereka perlukan keselesaan hidup bersama keluarga..kemana pergi keuntungan PETRONAS..??jika minyak dunia naik melambung..tidakkah PETRONAS juga akan menjual hasik minyak dengan harga tinggi?? atau PETRONAS bodoh menjual minyak pada harga yg rendah? setahu saya yb..kegunaan harian minyak di malaysia lebih rendah drp keluaran..bermakna PETRONAS ada lebih untuk di eksport..tidakkah ini keuntungan?jika yg menyoalkan tentang rizab simpanan? adakah PETRONAS akan mengurangkan eksport untuk kegunaan masa hadapan? saya rasa tidak...tindakan untuk menaikkan harga minyak bagi saya untuk mengunaan harian rakyat dan secara tak langsung eksport PETRONAS akan lebih banyak dan keuntungan PETRONAS akan lebih banyak..betul tak? kenapa kita nak menperbodohkan rakyat ?? yb di pilih untuk menbantu rakyat..tapi kenapa yb menperbodohkan rakyat??

Thursday, June 5, 2008

ISLAM HADHARI MENGAJAR BERBOHONG...

Apalah nak jadi dgn imam ISLAM HADHARI nie. Asyik menipu rakyat jer..Dah imam pun kuat penipu..Patut lah makmunnya pun cakap tak serupa bikin..Penipu..Tak tahu lah kitab mane lah yang di ikut oleh imam ISLAM HADHARI nie..Makin lama..makin banyak pembohongan dan penipuan di lakukan oleh imam dan makmum ISLAM HADHARI nie.Mari kita tengak sepanjang 5 tahun imam ISLAM HADHARI memerintah berapa punya banyaklah imam ini menbohonggi dan penipuan yg di buat oleh iman dan makmum ISLAM HADARI.

1.Mula-mula dapat peggang jawatan imam. imam pun menbuat mahzab baru yang di beri nama ISLAM HADHARI.. apa maksud sebenar ISLAM HADARI nie? entah lah..ISLAM ada banyak sanggat ker mahzab? kenapa nak menggunakan nama ISLAM HADHARI? ISLAM yang sebenar yang di bawa NABI MUHAMMAD S.A.W ini tidak sempurna ker? Ada cacat cela ker ISLAM yang sebenar? Kenapa tak ambik AL-QURAN dan SUNNAH sebagai panduaan..kenapa dIperlukan satu mahzab yang bernama ISLAM HADHARI? Agama pun imam nie nak menipu..aduh..kata cucu kepada ulama..tapi kuat menipu..

2.Baru pegang jawatan imam, bersemangat bercerita nak menhapuskan RASUAH.. nak menbebaskan negara yang tercinta daripada RASUAH..nak menhadapkan jerung-jerung besar ke muka pengadilan..tapi..dah 5 tahun.. maner yer 18 kes berprofil tinggi yang di ura-urakan 5 tahun dulu? Rakyat menunggu-nunggu..adakah imam yang baru ini dapat mengurangkan dan menhapuskan RASUAH..dah 5 tahun..maner 18 kes berprofil tinggi yang di sebut dulu?? menipu lagi...

3.Banyak sanggat penipuan yang dilaku kan oleh imam nak makmum ISLAM HADHARI nie... sampai tak tahu maner satu aku nak taip kat sini..kita yang baru-baru nie jelah.. tarikh 12 feb 2008 bila wartawan tanya bila pru ke 12, imam dgn muka selamber jer mengatakan lambat lagi pru12...Tut-tut 13 feb 2008 parlimen di bubarkan..ishish..aper punya imam lah..menipu jer..ari nie kata tak akan bubar parlimen..tut-tut..esok bubar parlimen..penipu jer imam nie..sape lah yang lantik dia nie menjadi imam..tak tahu lah aku..PENIPU LAGI

4.Yang nie penipuan bukan di lakukan oleh imam..tpi kira macam timbalan imam lah...bila ura-ura yang minyak petrol akan di naikkan selepas pru12..dgn tegas nya timbalan imam nie mengatakan..JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN...MINYAK TIDAK AKAN DI NAIKKAN..KERAJAAN MASIH MAMPU MENAMPUNG SUBSIDI MINYAK.. aduh..lepas 3 bulan pru12.. naik lak minyak ..banyak lak tue...78 sen tue..dekat 41%..aaper nak heran..dah imam pun penipu timbalan imam pun ikut penipulah...DAH MEMANG GOLONGAN PENIPU..

5.Penipuan kali ini bukan dilakukan oleh imam atau timbalan imam..tapi di lakukan menteri perdagangan..kira macam tok siak atau bilal dioranglah..aduh..mula kat kemungkinan minyak petrol akan naik bulan ogas..kira rakyat semua cam stanby lah.. tut-tut 4haribulan 6 imam mengumumkan esok minyak naik..agak nya imam nie tak tahu kot.. bulan ogas tue bulan berapa..tok imam bulan ogas tue bulan 8.. bukan bulan 6.. aper punya banggang tok imam nie.bulan pun tak tahu..atau nak menipu rakyat lagi...dah gian nak menipu.. nak buat cam maner dah sebati...PENIPU...

6.Dari penipu timbalan imam dah naik satu taraf lagi..CAKAP TAK SERUPA BIKIN..kalu peribahasanya..MACAM KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS..kenapa aku kata begitu.."Timbalan imam :�Rakyat hendaklah mengubah gaya hidup dan belanja secara berhemah"..lebih kurang macam nie lah kenyataan timbalan imam... aper lah..nak ubah cara hidup macam maner? kalu imam dan makmum yer tak ubah cara berbelanja duit rakyat..jangan buat duit kerajaan tue duit macam duit bapak korang yang punya...duit tue rakyat yang punya..cam dialog ahmad albab lah pulak..lagi satu kisah dr informe yang dapat di percayai..isteri kepada timbalan imam nie suka shoping..kalu shoping duit dia sendriri tak pe lah..nie shoping pakai duit rakyat...shoping lak kat luar negara..aduh...rakyat di suruh mengubah cara hidup..tapi isteri dia tak suruh lak bercermat cermat...takut bini kot...HABIS DUIT RAKYAT...

7.Orang dulu-dulu pernah berkata..CAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI PENCURI..nie yang telah terjadi pada imam dan makmum ISLAM HADHARI..daripada penipu, imam dan maklum dah menjadi pencuri..asyik mencuri duit rakyat..kesiankan lah nasib rakyat...asyik menipu..mencuri duit rakyat..aduh hai...macam nie punya imam pun ader org boleh percaya.. tepuk dada tanya selera..

*kepada org yang menbaca ruangan ini....sanggupkah kita di tipu dan di bohonggi oleh pemimpin macam nie? TUKAR SEBELUM PARAH..TUKAR DEMI MARUAH..BERSAMA DENGAN PAKATAN RAKYAT

Wednesday, June 4, 2008

MINYAK NAIK LAGI...

Amat mengejutkan...minyak naik secara tiba-tiba..menjadikan suasana huru-hara seluruh negara..kenaikan yang tiba-tiba tanpa sebarang signal atau isyarat jelas dari pada kerajaan BN.

sejak akhir-akhir ini. paklah makin suka menipu..ajaknya ajaran islam hadhari menbenarkan peminpin menipu rakyat..dah tabiat.dulu tipu rakyat pasal tarikh pilihanraya..sekarang tipu pasal kenaikan harga minyak..dah tabiat BN menipu rakyat..mana pergi ulama2 islam hadhari.??tak ajarkah korang yang menipu rakyat tue berdosa..banggang..

Bercerita lak pasal ekonomi..memang kenaikan minyak di seluruh dunia..aku pun tahu..nenek yg tak pandai baca pun tahu..tetapi Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak..di ulanggi pengeluar minyak..bila harga minyak naik secara tidak langsung PETRONAS akan mendapat keuntungan yang lebih..sepatutnya kerajaan BN perlu mengumunkan keUNTUNGan PETRONAS secara terbuka..baru rakyat tahu berapa keuntungan petronas.

Malas aku nak layan paklah yang kurang bijak nie..muka cam baik..tapi bertopengkan binatang..tak pernah tahu kesusahan rakyat...aku makin tak sabar..bilalah mp-mp darai sabah dan sarawak nak lompat nie..lompat lah cepat-cepat..makin lambat korang lampat makin banyak dosa aku mengutuk paklah nie..makin geram rakyat tengok muka dia..macam tak bersalah jer dia naikan minyak..dia ingat duit kerajaan tue duit bapak dan suku sakat dia punya..bodoh...

Sunday, May 25, 2008

Kritikan Terhadap Tulisan Wak Lanang DI SINAR AHAD.

Dalam tulisan wak lanang pada hari ahad yang lalu di dalam akhbar sinar harian 25mei 2008 di bawah kolum SUDI MAMPIR yang bertajuk LADANG BABI MODEN JADI TARIKAN BARU DI SELANGOR.
Didalam tulisan wak lanang seperti mengkritik kerajaan Selangor yang baru kerana meneruskan Projek Ternakan Babi Moden. Kenapa saya mengatakan meneruskan bukan meluluskan, kerana projek ini telah pun di luluskan di bawah kerajaan Selangor yang lama dimana menteri besar yang meluluskan projek ini dahulu begitu lantang menentang perlaksanakan projek ini.

Disini saya ingin mengajak wak lanan berfikir sejenak. Adakah di Selangor sekarang tidak menpunyai ladang ternakan babi? Atau ternakan moden ini ladang ternakan pertama di Selangor?Mengapa semasa projek ini diluluskan pada Januari 2008 dibawah Menteri Besar yang lama tiada demonsrtasi menentang projek ini?Mengapa setelah kerajaan baru meneruskan projek ini baru ada demonstrasi menentang projek ini.

Di satu perengan wak lanang ada menulis JADI KALAU MALAYSIA MENJADI PENGEKSPORT DAGIN BABI KE CHINA APA KATA NEGARA ARAB? BERISTIGFAR PASTINYA MEREKA.) Mungkin wak lanang tidak menbuat research tentang ternakan babi di negara ISLAM.Untuk mengetahuan wak lanang di Maghribi yang menpunyai kepadatan penduduk sehingga 30 juta dan hampir 98.7 % penduduknya beragama ISLAM juga menbenarkan perternakan babi untuk makanan pelancong.Jadi salahkah negeri Selangor meneruskan projek ternakan babi moden untuk menampung keperluan makanan penduduk bukan beragama ISLAM.

Secara tidak langsung projek moden dapat mengurang percemaran yang sering dihadapi di dalam ternakan babi.Seperti kita tahu najis kumbuhan ternakan biasanya di buang di sungai-sungai. Di dalam projek moden ini hasil najis ternakan ini di proses kembali untuk menjanakuasa elektrik untuk kegunaan ladang moden ini.

Mungkin penerangan ini akan di layan sinis oleh wak lanang.Tapi sebagai anak negeri Selangor saya merasa terhina dengan tulisan wak lanang.Mungkin jika projek ini di laksanakan oleh kerajaan Selangor terdahulu kontrovesi mungkin tidak terjadi.

Thursday, May 15, 2008

ANTARA KETUANAN MELAYU DAN KARPAL SINGH

salam. sudah agak lama saya tidak menulis. bukan kerana sibuk, tetapi tiada idea yang bernas ingin di ketengahkan. baru-baru ini cerita ketuanan melayu agak menarik untuk saya kupas kan disini. dimana badan berpaduan bertindak melayu (bbbm) di bawah pengerusi en osman abu bakar baru sahaja mengadakan perbincang permuafakatan melayu di johor. kenapa johor di pilih? mungkin di johor lah tubuhnya umno lama dan disana lah permulaan melayu bersatu menentang malayan union.
Sebenarnya saya tertanya-tanya, apa tujuan sebenar perjumpaan ini?adakah benar bbbm benar2 ingin meperjuangkan ketuanan melayu? atau bbbm hanya risau kepentingan individu mereka terjejas? kalau benar mereka benar-benar menperjuangkan melayu kenapa hanya setelah bn gagal menpertahan majoriti 2/3 di parlimen di pru 12? kenapa bbbm tidak menperjuang kan ketuanan melayu sebelum pru12?
kalau benar mereka jujur memperjuangkan ketuanan melayu, kenapa semasa menteri pendidikan yang merupakan ketua pemuda parti melayu menkhianat bahasa melayu mereka tidak bersuara?di mana en osman abu bakar masa itu? dimana bbbm ?
saya amat tertarik bila seorang murid berumur 10 tahun menyaman kerajaan pusat dan menteri pelajaran 2 tahun lalu. sebab murid ini menyaman menteri pelajaran dan kerajaan pusat adalah disebabkan pembelajaran subjek math dan sains di dlm bahasa inggeris. dimana murid ini menyatakan perlaksanakan pembelajaran subjek math dan sains di dalam bahasa inggeris telah menlanggar perlembagaan malaysia. kita tunggu keputusan mahkamah terhadap saman ini. lupa saya nak terangkan. murid ini merupakan anak kepada menteri besar perak yang baru..
jikalau en osman abu bakar menbaca tulisan saya ini, saya berharap mendpat perjelasan dr en osman abu bakar.

satu lagi isu yang menarik minat saya ialah isu karpal singh menderhaka kepada sultan. memang bagi saya, memang karpal singh menderhaka. dan patut di hukum. karpal singh menpertikaikan kuasa raja-raja melayu. tetapi kita harus melihat isu ini secara rasional. karpal singh seorang lowyer. lowyer ini selalu berhujah mengikut kes-kes yang lepas. mengambil contoh-contoh yang lepas. mungkin disini karpal singh telah mengikut kata-kata peguam negara. peguam negara juga pernah menyatakan sultan trg tidak berhak menentukan menteri besar. dan karpal singh juga menyuakan perkara yang sama di suarakan peguam negara. kita yang bijak pandai harus berfikir secara rasional. siapa yang mengajar lowyer karpal singh ini menderhaka?

Friday, May 2, 2008

30 AHLI PARLIMEN BN LOMPAT PAKATAN RAKYAT?

Cerita tentang kemungkinan lebih 30 ahli parlimen BN dari malaysia timur akan melompat parti ke PAKATAN RAKYAT agak hanggat sekarang..
Benar kah cerita ini?
atau hanya mainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk "mangabrakan" sang pemerintah ..
Bagi saya, mungkin cerita ini benar, dgn sang pemerintah di lihat lemah, tak mampu mengawal kenaikkan harga barang.
Dgn janji royalti 20% kepada negeri pengeluar minyak, saya melihat tidak mustahil ahli parlimen dari BN akan melompat ke PAKATAN RAKYAT. bagi ahli parlimen yang mementing kepentingan rakyat semestinya akan menerima tawaran dari ketua umum PKR .
sama sama kita nantikan