Saturday, August 30, 2008

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN..

Perpaduan Teras Kejayaan adalah tema Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke 51. Saya secara peribadi setuju dengan tema Kemerdekaan nie. Memang perpaduan adalah amat penting bagi negara majmuk dan madani yang menpunyai beberapa kaum di malaysia.

Tetapi mengapa kerajaan UMNO sering kali menpersoalkan perpaduan, ketuanan melayu, menakut-nakutkan orang-orang melayu yang kurang cerdik bahawa menbenci perpaduan. Jangan UMNO nak nafikan. perkara ini dapat dilihat di Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh.

Jika benar perpaduan ini penting, jangan lah ada peminpin-peminpin UMNO menpermainkan isu perpaduan. Bila nak pilihanraya perpaduan di permainkan, membecah-belahkan perpaduan yang ada. Tapi bila nak merdeka perpaduan di jadikan tema.

Inilah UMNO, menpermain-mainkan perpaduan. Memainkan rakyat.

Saya juga ada menbaca di Malaysiakini mengatakan logo Hari Kemerdekaan kita di tiru dari logo Taiwan. Dan mencipta loga tersebut turut mengaku. Aduh malu yer. Mengapa lah memilih logo yang meniru dari hasil dari orang lain. Nanti orang panggil negara kita negara penciplak. Sudah lah kereta nasional kita kebanyakan meniru dari model negara luar takkan lah logo Hari Kemerdekaan pun kita nak meniru.

Friday, August 29, 2008

Kalau Tak Betul...Saman Lah..

Kadang-kadang aku pelik dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia seorang nie, Datuk Seri Najib Tun Razak . Dulu Raja Petra pernah menbuat pengakuan bersumpah mengatakan beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Tapi hanya penafian sahaja yang dibuat oleh beliau.

Bersumpah-sumpah menegakkan 'benang yg basah'. Cukup saja bersumpah? Kalau saya lah orang menuduh perkara yang berat begini tapi saya tak buat...SEE U IN COURT.. Tapi kebaikkan hati Datuk Seri Najib Tun Razak nie terlampau pelik..

Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah di sebuah masjid semasa berkempen untuk Pilihanraya Kecik P44 dengan lafaz DENGAN NAMA ALLAH WAILAHI,WABILLAHI WATALLAHI SAYA TAK KENAL DENGAN ALTANTUYA....Kalau dah betul-betul tak kenal kenapa tak saman jer Raja Petra..Kenapa takut nak pergi mahkamah ? Terangkan lah kat mahkamah macam mana kau boleh bergambar dengan Altantuya tue..Cukup jer ker dengan bersumpah sahaja?

Kemudian Raja Petra mendedahkan di blog beliau (sekarang dah kena sekat) pengakuan bersumpah En Thagarajoo. Pengakuan bersumpah nie saya lihat cukup berat. Ini menpersoalkan Agama Datuk Seri Najib .. Cukup berat nie..Bagi saya sebagai muslim kita dah kira MURTAD jika benar dakwaan En Thagarajoo nie. Jika dakwaan En Thagarajoo nie fitnah semata-mata Datuk Seri Najib patut menyaman beliau kerana perkara nie amat serius kerana menpermainkan anutan Agama Datuk Seri Najib.

Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam ‘akuan bersumpah’nya ialah:

  • Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.
  • Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
  • Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu. Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
  • Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
  • Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
  • Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
  • Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne

Amat berat dakwaan En Thagarajoo nie..Jika benar dakwaan nie fitnah saya menyarankan Datuk Seri Najib Tun Razak menyaman beliau.. Tak payahlah nak BERSUMPAH-SUMPAH.

Tuesday, August 26, 2008

Datuk Seri Anwar Ibrahim Menang...

Alhamdulillah...selesai sudah Pilihanraya Kecik P44 Permatang Pauh. Dan seperti di jangka Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671 ..Alhamdulillah majoriti bertambah lagi dari masa Datin Seri Wan Azizah menang pada 8 mac dulu.

Ini menunjukkan rakyat tidak menerima kenpem menburuk-burukkan personaliti..Kempem menyerang keperibadian..Cara dah lapok.. sekian..LAWAN TETAP LAWAN...

Monday, August 25, 2008

Adil kah PilihanRaya Kecil P44 ??

Tinggal beberapa jam lagi PRK P44 Permatang pauh berlangsung. Tetapi UMNO dan BN masih menggunakan statergi lama. Sama seperti pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Kenpem mengutuk keperibadian..

Seperti biasa UMNO dan BN menyerang dari segala ruang yang ada. ADIL kah? Hampir setiap hari di dada akhbar media perdana menyerang keperibadian calon PKR P44. Dan calon PKR P44 langsung tidak diberi peluang untuk menbela diri. ADIL kah?

Pihak UMNO dan BN langsung tidak mengambil iktibar dari PRU ke 12 yang lalu. Mereka menggunakan statergi lapok. Jika kita perhatikan bila nak hampir Pilihanraya mesti mereka menggunakan cara yang sama. Antara nya:-

1. Menyerang keperibadian calon2 pembangkang dan sering yg di serang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Menggunakan bekas-bekas orang kuat penbangkang untuk berkenpem. Jika PRU ke 12 Chandra Muzffar , Lokman Nor Adam dan ramai lagi bekasa-bekas orang kuat penbangkang untuk menyerang penbangkang dan kali ini raja kotak atau sesumpah Mat Ezam digunakan sepenuhnya.

3. Lagi satu statergi lapok yang digunakan UMNO dan BN yang paling populor, majlis SELAMAT TINGGAL PKR. Jika kita perhatikan hampir nak pilihanraya mesti jer ada kononnya ahli PKR atau PAS yg keluar parti. Yang saya masih ingat PRU ke 12 TV3 melaporkan hampir 1000 orang ahli pkr keluar parti di KLANG. Tapi yang peliknya kawasan KLANG dan sekitarnya dimenanggi penbangkang. Pelik dol.

4. Tv 3 suku di pergunakan . semua berita menyerang penbangkang. Dan pihak penbangkang langsung tidak diberikan peluang untuk menbalas. ADIL KAH?

5. Menggunakan Banner perkauman. Tujuan UMNO dan BN adalah supaya tragedi 13 mei berulang.

6. Menggunakan samseng dan mat rempit untuk menakut-nakutkan penbangkang. Tetapi di tv dan akhbar menuduh pula penbangkang yang menggunakan samseng dan mat rempit.

Saya rasa cukup lah 6 kelakuan buruk UMNO dan BN. Sebenarnya banyak lagi dan naik meluat saya dengan UMNO dan BN nie. Lagi cepat mereka pupus lagi bagus.

Jika ada ustaz umno yang menbaca tulisan saya nie. Saya ada pertanyaan untuk ustaz umno ..

Apakah makna sebenar ADIL??

a.. hak sama rata..

atau

b. meletakkan sesuatu di tempatnya.

sila la jawab dengan dalil yer...

Thursday, August 21, 2008

Calon BN P44 Arif Shah bodoh ker?

Bukan lah niat di hati aku nie nak menyerang keperibadian Arif Shah nie..Dan bukan niat dihati ini ingin mengutuk kepandaian Arif Shah..Bukan juga niat di dada nie nak menpersoalkan IQ Arif Shah.

Bukan aper, 4hari lepas di dalam akhbar media perdana Arif Shah mengatakan beliau mendapat 10 undangan perkahwinan dan Datukk Seri Anwar Ibrahim hanya dapat 6... Yg aku peliknya mana lah dia tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat 6 undangan?? Aduh hai.. Yang sebuk nak cerita kau dapat undangan banyak kenapa? Tak ada modal nak berkenpem ker?

2 hari lepas saya secara tak senjaga menyelak berita hairan..Didalam akhbar tersebut adalah satu tajuk yg menbuat aku geli perut.. ARIF PERGI MAJLIS PERKAHWINAN 15 DALAM SEJAM. Aduh hai...nak kata bodoh marah...tak der modal lain ker nak berkenpem? cerita pergi 15 majlis perkahwinan dalam sejam pun nak jadi bahan kenpem..nampak sanggat orang2 Bee End nie suka sanggat menipu... bukan apa..saya nie dr kecik ibu bapa saya dah ajar saya dengan matematik..kira nombor dan saya susah nak pisahkan...saya kira lah..kalau dalam sejam Arif nie pergi 15 majlis persamaan 1 majlis arif akan pergi selama 4 minit... sempat ker 4 minit nak salam semua tetamu , pengantin, ....nak menipu pun buat lah skrip elok2..jangan lah nak main cakap jer..nanti org kata bodoh marah...tapi dah memang bodoh pun..tue saya tak kira masa perjalanan dari satu majlis ke satu majlis yang lain...nie lah bila calon bodoh macam nie jadi calon.. cakap main promo jer....BANGGANG


Wednesday, August 20, 2008

Ustaz UMNO tolonglah tarbiahkan mereka...






Bersopan santun pemuda dan pemudi umno nie yer....
ustazah tolong lah ajak mereka nie jihad sekali yer

Bila Ustazah UMNO meracau2 ...

Saya lihat seorang ustazah umno nie bila kalah di PRU yg lalu semakin teruk ustazah umno nie meracau. Bila nak dekat pilihanraya kecik permatang pauh semakin teruk dia meracau..Aduh hai..Kalau ada ustaz umno yg baca nie tolong lah nasihat ustazah seorang nie.

Mula2 ajak wanita berjihad menentang Dato Seri Anwar Ibrahim. Dengan tudung pun tak reti nak pakai dengan betul nak ajak orang berjihad. Cih Podah. Ustazah kalau nak ajak orang berjihad untuk menegakkan syariat ISLAM aku akan sama berjihad tapi kalau berjihad menentang seorang peminpin ISLAM aku tentang. Sebab aku lebih yakin ISLAM Dato Seri Anwar Ibrahim dari ustazah umno Dato Sharizat Jalil.

Hari nie ustazah nie meracau lagi. Aduh...adakah patut ustazah nie kata PKR macam si TANGGANG... nie mesti suka sanggat tengok cerita AKUKAH TANGGANG kat tv3 nie.. suka sanggat dgn TANGGANG.. ustazah kami bukan menderhaka... kami mencari peminpin yg menbela nasib rakyat..bukan peminpin seperti kamu yg menrompak hasil rakyat.. Lagipun duit yg ustazah terima sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada PM tue duit rakyat.. so aper lagi isu nak kata kami nie TANGGANG...kan saya dah cakap.. ..ustazah seorang nie dah semakin teruk menracau...kalau ader kekosongan di tangjung rambutan boleh lah tolong register kan ustazah nie...