Monday, June 30, 2008

Nyawa Anwar Ibrahim Terancam ketika ini


Keputusan Dr Syed Husin Ali untuk menyembunyikan Anwar Ibrahim (walau di manapun dia disembunyikan) adalah tindakan bijak dan mereka mempunyai alasan kukuh. Tuduhan ‘Musang Berbulu Ayam’ telah menunjukkan konspirasi menjatuhkan Anwar beralih ke Fasa ke II. yang mana Fasa I adalah pada tahun 1998 lepas. Sidang Media bersama Anwar Ibrahim berkenaan tuduhan Saiful Bukhari yang bertempat di Quality Hotel nampaknya mengecewakan wartawan kerana Anwar tidak menghadirkan diri. Beliau menerima ugutan bunuh dwooh…


Dr Wan Azizah berkata, suaminya itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman, justeru antara sebab beliau tidak hadir ialah berhubung soal keselamatannya. Beliau kesal dengan pihak yang cuba menjatuh dan mengaibkan Anwar sekali lagi dengan cara ‘politik setan’ seperti yang berlaku pada tahun 1998 dahulu.
Masih ingatkah kita akan kekejaman pihak polis yang membelasah anwar sehingga matanya lebam? Dia dibelasah ketika belum dijatuhkan hukuman bersalah. Korang tau tak kekejaman polis terhadap Anwar sama sekali tidak boleh diterima. Beliau belum terbukti bersalah tetapi langsung didera dan diaibkan.


Inilah kekejaman pihak polis terhadap Anwar Ibrahim.
Anda mungkin sudah semakin lupa akan konspirasi 1998 yang melibatkan Ketua Polis Negara, Musa Hasan dan juga Peguam Negara, Ghani Patail tetapi kali ini pula DS Anwar Ibrahim telah difitnah oleh Musang Berbulu Ayam. SICK MAN! Setelah dia tahu tembelangnya hampir pecah, dia membuat keputusan untuk menyerang sebelum diserang. Bengong punya anak! Nantikanlah jawapan daripada drama yang kau cipta sendiri!
UPDATE:
Kami menerima maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran yang memaklumkan kepada kami ada cubaan untuk membunuh DSAI di mana beberapa orang pembunuh upahan (hired killer) telah dibawa masuk baru-baru ini.

Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:
1.Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj;
2.Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan;
3.Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit;
4.Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu;
Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne;
Jadi berdasarkan rentetan cubaan membunuh ini, kami berpendapat maklumat yang kami terima berkenaan cubaan terbaru ini tidak bolej dipandang ringan. Atas sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI. Kami berharap rakyat bertenang namun sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih. Adios
Zulkifli Noordin
Blog DSAI sangat sibuk ketika ini. But i manage dapatkan info dari DSAI melalui blog YB Zulkifli Noordin.
Saya tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!
Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.
Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.
Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.
Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.
Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.
ANWAR IBRAHIM
* Video Anwar Ibrahim out from Turkey Embassy boleh click di sini
sumber dari ladymariah

1 comment:

AnakMerdeka said...

Tak banyak yang aku boleh komen dari tulisan ini, kerana kebanyakannya sama dengan yang ditulis diblog perisik rakyat dan juga nora.

Walau bagaimana pun bagi aku, bab dakwaan ancaman bunuh tu langsung tak masuk akal. Kenapa korang mati-matian percaya DSAI yang mendapat ancaman bunuh. Secara logiknya, sepatutnya budak Saiful tu yang mendapat ancaman bunuh, kerana dia yang mendakwa. DSAI kena dakwa meliwat, kemudian dia kena ancam bunuh, macam mana tu?

Pertamanya, siapa agaknya yang handal sangat nak bunuh DSAI? Sedangkan Altantunya, kena bom, habis berkecai daging dan tulang, orang yang terlibat kena tangkap juga. Yang aku nak cakap ni, kalau benar Najib boleh pengaruhi atau arah polis letupkan Altantunya, kenapa dia tak boleh arah polis tutup kes tu sejak awal lagi? Sebelum pihak wartawan dapat tahu, dia boleh arah polis tutup kes. Orang yang menduduh ni sebenarnya dia dah biasa guna kuasa (masa dia ada kuasa) untuk arahkan polis buat itu dan ini. Sebab itu dia ingat orang lain pun sama dengan dia.

Keduanya, kalau kerajaan BN mmg tak ada otak, nak bunuh orang ikut suka hati, terutama org ternama macam DSAI, susah sangat ke nak buat. Tunggu jer DSAI keluar negara, culik dia kat sana, letupkan dia terus..habis cerita, tak kan sampai 5 atau 6 percubaan tak berjaya gak? Bebal sangat ke apa pembunuh upahan tu?

Kesimpulannya, benda tu sengaja direka. Kerajaan tak akan sebodoh itu, buat tuduhan liwat sampai dua kali kalau tak ada asas. Lepas tu nak bunuh2 orang. Ini bukan main pondok2, ini soal keselamatan dan maruah negara. Come on la, kena tuduh jer terus sembunyi kat kedutaan Kuwit, kemudian mengadu kat Amarika. Org macam ni ke yang kita harap akan jadi PM kita?