Thursday, July 3, 2008

KONSPIRASI KE 2?

Malam 28 jun 2008 amat merisaukan hati saya. Ini kerana saya mendapat satu mesej dari ADILNEWS yang berbunyi "polis telah menahan pembantu khas DSAI Saiful Bukhari ptg ini dan memaksa beliau menbuat pengakuan diliwat.Polis dijangka menahan DSAI hari ini.Sebarkan". Dihati kecil saya mengatakan mungkin peristiwa 1998 berulang?Hati saya gundah gulana. Semua kerja yang saya lakukan semua tak menjadi.Pada malam tersebut juga 6 orang peserta walk peace di tahan polis di ipd dang wangi.Bertambah gusar hati saya selamat kah peserta tersebut?Dan saya diberitahu 2 orang yang di tahan adalah dr AIC.



Ahad pagi saya menbuka laman Malaysiakini, hampir semua berita melaporkan tentang laporan polis yang di buat terhadap DSAI. Disatu berita ada menyatakan AMK mengumpul semua AMK untuk menhalang polis daripada menangkap DSAI. Saya pun ke hotel quality pada pukul 10.30 pagi. Cuaca pada pagi tersebut mendung,sekejab hujan sekejab berhenti,seperti cuaca juga memahami perasan saya.Gundah gulana.Risau DSAI akan di tangkap dan dipukul seperti 1998. Suasana di perkarangan hotel seperti biasa, aman tidak ada perkara yang tidak diinginni berlaku.Penyokong DSAI merata tempat.Abapila hujan turun mereka semua berteduh di restoran mamak dihadapan hotel tersebut.Saya duduk selama sejam, setelah melihat tidak ada apa-apa akan berlaku,saya pulang ke rumah.



Sedang berehat saya mendapat dua sms, satu sidang akhbar DSWA menyatakan ada percubaan bunuh DSAI, dan DSAI berada di lokasi yang selamat. Alhamdulillah.Pukul 5.30 petang satu sms masuk menyatakan "DSAI berlindung di kedutaan Turki dan di harap semua penyokong berada di situ". Saya sampai di kedutaan Turki lebih kurang pukul 6 petang. Lebih kurang 200 penyokong berada di situ, tetapi tidak kelihatan kelibat DSAI.Saya duduk disitu sehingga hampir maghrib,kemudian saya pulang kerumah sambil menunggu kedatangan SMS yang baru.



Pagi Isnin saya ada juga sms yang masuk, tetapi hati saya masih risau keselamatan DSAI sehingga pukul 6.15 petang satu SMS masuk mengatakan "DSAI setuju keluar dari kedutaan Turki sebentar lagi setelah mendapat jaminan keselamatan dari menteri. Diminta semua penyokong menyambut DSAI dan pukul 9 malam kumpul di hq PKR untuk mendengar amanat DSAI".Dan malam tersebut saya bergegas ke hq PKR untuk mendengar amanat DSAI. Tetapi amat menyedihkan DSAI tidak dapat hadir kerana tengah berbincang dgn peguam2nya. Mujurlah ada peminpin2 PKR, DAP dan Presiden IKRAR menyampaikan amanat kepada penyokong yg hadir.



Pagi selasa saya mendapat satu sms yang menyatakan "DSAI akan menbuat laporan polis terhadap AGP dan Musa Hassan di ipk selangor pukul 2 petang ini". Tetapi kerja yang mehalang saya pergi kesana. Petang itu apabila saya menbuka internet saya telah menbaca satu ruangan di blog chegubard yg menyatakan ceramah tergempar DSAI di stadium melawati malam ini. Saya mesti mesti pergi. Saya sampai tepat dgn kedatangan DSAI. Kehadiran amat mengalakkan.Walaupun pengumuman ceramah tersebut tidak sampai 8 jam, DSAI mampu mengumpul hampir 30 ribu hadiran yang hadir.Sebelum DSAI menyampaikan amanat saudara Azmin telah berucap sebentar, dan kemudian di ambil alih oleh saudara Mat Sabu. Sampai lah DSAI berucap suasana amat gamat dengan laungan REFORMASI. Memang ucapan DSAI amat bersemangat dan DSAI agak marah dengan tuduhan liwat itu. DSAI berucap hampir sejam dan hadirin bergitu bersemangat dgn ucapan dr DSAI. Sesekali laungan REFORMASI berkumandang di stadium. Selepas DSAI habis berucap tiada lagi penceramah, dan hadiran semua berjalan keluar stadium. Untuk keluar juga berlaku kesesakan. Saya terus pulang sambil bersemangat mendengar amanat dr DSAI. LAWAN TETAP LAWAN.



Begitu kronologi peristiwa yg berlaku. Sehingga kini saya amat marah dgn tuduhan tersebut. Tidak puas hati lagikah kerajaan BN menganiaya DSAI. Tidak cukup lagikah DSAI diseksa, dimalukan, di pukul dipenjara, perjalanan mahkamah yang tidak ADIL. SUDAHLAH menganiaya DSAI wahai kerajaan BN. Adakah ini benar-benar konspirasi? Dibawah saya nyatan beberapa fakta untuk kita fikirkan bersama.



1.Gambar di sebelah menunjuk Saiful berada dipejabat TPM sambil bergambar dengan pegawai TPM Khairil Anas Yusuf.Apa tujuan Saiful berada dipejabat TPM. TPM mengatakan Saiful di pejabatnya untuk meminta biasiswa dan gambar tersebut baru 3bulan. Itu kata TPM, tetapi Agenda daily melaporkan gambar tersebut diambil 6 bulan yang lalu.Biasiswa apa yg di minta oleh seorg yang telah di buang oleh universiti kerana pointer kurang daripada 2 pointer. Pelik setahu saya biasiswa hanya diberikan oleh pelajar yang bijak pandai dan pointer mesti lebih daripada 3 pointer.Itu setahu saya lah. Lagi satu sejak bila pula biasiswa diberikan dari pejabat menteri,selalu nya untuk meminta biasiswa dikeluarkan oleh pejabat JPA.


2.Laporan polis yang dibuat juga mengelirukan. Sekejab kata laporan di buat balai polis TRAVES, sekejab kata pondok polis HKL. Mana satu yang betul ini? Jauh sanggat tau perbezaannya.


3.Sejak bila lak ocpd Bakri menjaga balai? Setahu saya ocpd ada pejabat. Ocpd tidak menjaga kaunter menerima laporan. Tetapi ocpd Bakri menjaga kaunter pulak pada hari saiful menbuat laporan.


4.DSAI amat berbahaya diwaktu sekarang kerana kes-kes yang ditakuti oleh TPM. Hari ini saja penyiasat persendirian Bala melaporkan TPM terlibat dgn pembunuhan Altantuya, dan TPM pernah mengadakan hubungan sex dgn Altantuya . Kerana itu lah konspirasi ini bagi mereka perlu di lakukan dengan segera supaya DSAI di penjarakan untuk menyelamatkan mereka.


Tuhan menberi kita akal dan fikiran. Gunakan lah dgn sebijaknya.


*kepada kawan-kawan turunlah beramai-ramai ahad ini 6 julai 2008 menproses kenaikkan harga minyak.Sayang sekali saya tidak dapat turut serta kerana ada kerja yang perlu di selesaikan LANGKAWI. Salam Perjuangan. REFORMASI.

3 comments:

TakdeOrangPeduli said...

bro.

aku rasa kau patut jadi PA anwar la, dasat betul tindakan kau tu. respek betul. fakta kau 1 sampai 4 tu dapat dari mane ah? kau da check betul2 keh?

angah said...

setakat nie aku yakin sumber2 yg aku tulis benar. Kalau kita menbaca akhbar2 media perdana dapat lah kita lihat percanggahan di mana budak saiful nie buat laporan nie. untuk gambar lak, fikir sendiri lah, maner ader org nak bergambar dgn pegawai menteri atau pa menteri. kalu aku pun ,jika aku pegi pejabat DSAI aku mesti ambik gambar dgn DSAI bukan dgn pa dia. So buat aper saiful nie tangkap gambar dgn pa najib kalau mereka tak rapat?
budak saiful nie memang dah dibuang uniten sebab dpt pointer rendah ..aku rasa semua budak uniten tahu benda nie..nak kesahilan tanya budak2 uniten.
salam

Mohd Nadzri Kamsin said...

Anda yakin 100% Anwar difitnah?