Friday, August 29, 2008

Kalau Tak Betul...Saman Lah..

Kadang-kadang aku pelik dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia seorang nie, Datuk Seri Najib Tun Razak . Dulu Raja Petra pernah menbuat pengakuan bersumpah mengatakan beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Tapi hanya penafian sahaja yang dibuat oleh beliau.

Bersumpah-sumpah menegakkan 'benang yg basah'. Cukup saja bersumpah? Kalau saya lah orang menuduh perkara yang berat begini tapi saya tak buat...SEE U IN COURT.. Tapi kebaikkan hati Datuk Seri Najib Tun Razak nie terlampau pelik..

Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah di sebuah masjid semasa berkempen untuk Pilihanraya Kecik P44 dengan lafaz DENGAN NAMA ALLAH WAILAHI,WABILLAHI WATALLAHI SAYA TAK KENAL DENGAN ALTANTUYA....Kalau dah betul-betul tak kenal kenapa tak saman jer Raja Petra..Kenapa takut nak pergi mahkamah ? Terangkan lah kat mahkamah macam mana kau boleh bergambar dengan Altantuya tue..Cukup jer ker dengan bersumpah sahaja?

Kemudian Raja Petra mendedahkan di blog beliau (sekarang dah kena sekat) pengakuan bersumpah En Thagarajoo. Pengakuan bersumpah nie saya lihat cukup berat. Ini menpersoalkan Agama Datuk Seri Najib .. Cukup berat nie..Bagi saya sebagai muslim kita dah kira MURTAD jika benar dakwaan En Thagarajoo nie. Jika dakwaan En Thagarajoo nie fitnah semata-mata Datuk Seri Najib patut menyaman beliau kerana perkara nie amat serius kerana menpermainkan anutan Agama Datuk Seri Najib.

Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam ‘akuan bersumpah’nya ialah:

  • Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.
  • Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
  • Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu. Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
  • Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
  • Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
  • Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
  • Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne

Amat berat dakwaan En Thagarajoo nie..Jika benar dakwaan nie fitnah saya menyarankan Datuk Seri Najib Tun Razak menyaman beliau.. Tak payahlah nak BERSUMPAH-SUMPAH.

5 comments:

Anonymous said...

minta jasa baik supaya siarkan gambar Najib Altantuya...

angah said...

maaf saudara..
saya tidak menpunyai pic najib..dan tidak berminat nak letak pic najib..
maaf..

:)

Anonymous said...

lor..cmni bru btol TPM kita yg sgt baik hati.xkisah pon org ckp pasal agamanya.sungguh baik hati ye najib.hehe

Anonymous said...

anwar pun dari dulu nak saman org tulah, inilah xde saman pun. kau ni taksub sgt pada si nuar la. xde manusia sempurna kat dunia ni. anwar manusia x boleh dipercayai. baca latarbelakang pun dah tau!

jentayu

angah said...

maaf ye jentayu...
kalau kata2 saya terkasar...
kalau saya kata saudara langsung tak mengikut perkembangan langsung...
setakat nie sahaja DSAI telah menyaman chandra muzafar, saiful, timbalan menteri pelajaran, datuk hamzah, khairy jamaluddin, kerajaan yg memecat beliau...tak der saman lagi ker?
atau saudara nie bodoh langsung tak pernah baca paper?