Friday, October 17, 2008

Letak Je Lah Jawatan.....

9 AJK Gelang Patah ancam letak jawatan
Oct 17, 08 2:26pm

Sembilan orang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah mengancam untuk meletak jawatan jika mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian terbabit yang diadakan minggu lalu tidak diadakan semula.

Jurucakap anggota jawatankuasa terbabit, Faisal Supada berkata, cara pengiraan undi bagi pertandingan dan pencalonan jawatan dalam mesyuarat terbabit dijalankan secara tidak telus dan melanggar peraturan parti."Aduan rasmi telah pun dibuat kepada Jawatankuasa Disiplin Badan Perhubungan Umno Johor dan kami meminta supaya mereka mengarahkan supaya mesyuarat perwakilan itu diadakan semula."

"Jika mesyuarat perwakilan tidak diadakan semula, kami akan meletak jawatan," katanya, yang juga ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Kangkar Pulai hari ini.

Bahagian itu baru-baru ini mencalonkan Khairy Jamaluddin, sekarang naib ketua Pemuda Umno, untuk mengetuai pergerakan itu dalam pemilihan Mac depan.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, kebanyakan perwakilan tidak berpuashati dengan proses pengiraan undi oleh pasukan penyelaras mesyuarat dari Pemuda Umno Bahagian Pulai yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Abdullah Yusof, yang dilakukan di dalam bilik hotel tanpa sebarang pengawasan daripada wakil-wakil calon.

Bukan sahaja pengiraan undi dilakukan secara rahsia di dalam bilik hotel, tetapi apa yang memeranjatkan kami adalah ia (undi) dikira di atas katil bilik tersebut," dakwanya.

Kah kah kah..aper lah si KJ nie..nape di suruh kira undi atas katil..dah biol ker...kah kah kah kah kah kah kah kah

No comments: