Sunday, September 13, 2009

KISAH SYAIDINA UMAR AL-KHATAB.....

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.

Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.

Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran ‛Umar Gereja’ di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali. Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.

WaLlahu ‛Alam
KHALID SAMAD


ARTIKEL DI AMBIL DARI BLOG YB KHALID SAMAD

26 comments:

Anonymous said...

inilah blog paling bangang tahap nangngoi yang aku pernah jumpa..

menyokong secara melulu semacam babi kena kejar ahchong jer!

bahlol punya blog..haha.

angah said...

buat saudara banggang yg tidak menpunyai nama...

artikel ini di petik dari kitab..

aku menyokong kerana fakta bukan cam kau...banggang ...sokong menbabi buta...........

Faizal Zakaria's Blog said...

Cerita yang menarik..
















Reformasi Dan Transformasi – Generasi Muda Perlu Bersiap Sedia
>>> Klik Di Sini <<<

Anonymous said...

laaa...
kalau setakat buat post mengikut kitab yang diterjermahkan sekerat buat apa?

menyesatkan!!!

angah said...

tapi kalau kitab tak di pertejemahkan cam mana korang nak faham... mesti lah kena di pertejamahkan...aku letak bahasa arab nie...terlopong mulut..tak pandai bahasa arab...

sesat?? tang mana yg sesat.. kalau aku salah tunjukkan...

jai said...

Anonymous said...

laaa...
kalau setakat buat post mengikut kitab yang diterjermahkan sekerat buat apa?

menyesatkan!!!

September 27, 2009 5:10 PM

Kah kah kah...

Ko ni pengikut ayah pin ke???

Dari langit mana ko turun???

Orang terjemahkan kitab pun ko kata sesat kenapa???

Pasal apa bodoh sangat ko ni???

Kah kah kah...

Anonymous said...

JANGAN TERJERMAHKAN SECARA SEKERAT!!
PEHE DOK?

TONGNGONG!

angah said...

terjemah sekrat?

kah kah kah kah....

bukan ker kisah tue sampai habis... sekerat tang maner lagi?

kalau kau pandai sanggat..sambung kan lah...

aku cabar kau..jika aper yg aku tulis kan nie hanya sekerat.. aku mencabar supaya kau sambungkan???

ader berani???

setahu aku...hujah korang yg selalu sekerat jer..

contoh?

setahu aku hujah korang..ALLAH SWT tidak suka kepada mereka yg tidak taat kepada pemerintah...

tetapi korang tak habiskan ayat tue.... sepatutnya pemerintah yg adil..korang tinggalkan ayat yg adil...

korang lagi malaun....

baginda® said...

jangan layang anongoi kek atas tu angah... anongoi nih kalau bg duit sembah najib pun dia buat...

mana dia dapat beza taik dengan kek... sure dia makan taik kalau suruh pun...

baginda® said...

saya pernah orang tanya pasal hadis tu... kita wajib taat pada pemerintah... walau dipukul pungung ...
canmtulah lebih kurang... ade orng umngok tanya...

sekarang baru tau yg penuh, ada perkataan adil rupeye...

Anonymous said...

Salam angah,

Dari content blog you ni..mmg awak ni penyokong DSAI+ Geng habis-habisan. No problem, its really up to you tu support whoever you like.
Satu pesanan saya, di sebalik memuja DSAI dan rakan-rakan, adakala kita perlu kritikal..tak semua yag PKR, PR, PAS esp YB Khalid samad buat tu semunya betul..sbb tiada yg maksum melainkan nabi sahaja. dan tak semua yg BN buat tu salah..give credit when it's due.
Saya pun mcm saudara jugak dulu..sokong sampai nak gila..tapi lepas ana menang, anta semua ana sudah lupa, kerja langsung tak jalan..cakap je lebey..

dari
pisang tak akan berbuah dua kali

angah said...

salam saudara tak ada nama..

kebanyyak org yg menberi komen kepada saya akan berkata....

SAYA DULU ORG PKR..TAPI BILA DAH MENANG HABUK PUN TAK ADA...

SAYA DULU FANATIK..SOKONG GILA2 DSAI DAN PKR..TAPI HABUK PUN TAK ADA...

hehehehe

saya menyokong dasar perjuangan dan yakin dengan DSAI mampu menbawa satu reformasi pertadbiran seperti yg pernah cuba beliau lakukan semasa memangku jawatan PM satu ketika dahulu...

saya akui bahawa tidak semua yg di lakukan PR betul..dan semua di lakukan BN salah...tetapi kebanyakkan yg di lakukan BN bagi saya salah...

Rasuah berleluasa...
Kroni di utamakan
Demokrasi di permainkan
Badan kehakiman ibarat boneka
Badan2 yg sepatutnya bebas tetapi di bawah telunjuk org tertentu...

disini saya nyatakn bahawa saya bukan memuja menbabi buta DSAI dan PR tetapi saya sebagai anak muda yg ingin perubahan setelah 52 tahun kita di perintah oleh BN banyak kemungkaran dari kebaikkan....

salam...

Anonymous said...

lancau laa!
semasa nuar pegang kuasa dulu apa yang dia buat?
ari2 main bontot ke?
piiigidaah!

angah said...

Anonymous said...
lancau laa!
semasa nuar pegang kuasa dulu apa yang dia buat?
ari2 main bontot ke?
piiigidaah!

October 20, 2009 8:19 PM

kah kah kah

cuba setiap tuduhan itu disertakan bukti...nie cakap main lepas jer...

pastu tak taruk nama pula... betul2 bacul tul kau nie....

pemuda berani said...

woi lahabau..

nkau nk mintak bukti ye.. cube nkau usha sket suku sakat nkau.. si budak softies.. sofi blog KR tu..

dia hentam sultan azlan shah.. mana bukti?? ha woi lahabau bin abu lahab?? mana bukti.. ekau tunjukkan???

Anonymous said...

kalau dah bodoh tu..nak buat camna!?
nuar bagi kau makan berak pun aku rasa kau kelahap nak makan...

shabab al-huda said...

angah..

saya nk bg pandangan berkaitan isu kuil di seksyen 23 shah alam..

sebagai orang Islam.. kita boleh menerima komuniti agama lain untuk hidup dalam keadaan harmoni.. namun kita perlu melihat kesesuaiannya.. kawasan tersebut majoriti org melayu MUSLIM.. so, penduduk situ mohon supaya kuil dibina di kawasan yang jauh daripada mereka.. itu jer..

lagipun.. bukan saudara xtahu.. upacara agama hindu ni melibatkan penggunaan colok dan loceng. secara tak langsung ianya mencemari udara dan sensitiviti org Islam di sana.. kebanyakan org Islam xbleh bau asap colok termasuk saya.. sgt busuk sampai nk tmuntah.. saya xtaulah kalau saudara memang suka dgn bau asap colok..

bg masyarakat india dan beragama hindu mereka perlu akur.. kerana majoriti penduduk adalah org melayu beragama Islam..

lg 1 mereka xbleh anggap azan sbg mengganggu kerana azan ni sekejap jer.. lain plak kalau asap colok.. dah la busuk.. berbau lame plak.. pastu bau melekat plak kat baju yg dijemur atau dipakai...

wallahu a'lam..

ayahanda/// said...

angah..

jgn sebabkan nak dpt sokongan politik.. kita sanggup berikan apa saja yg org mintak.. besok yg merana.. org melayu jgak.. shah alam tu dah dipersetujui bandar melayu..

angah said...

salam too all...

wah wah ....

hebat sungguh.......

org pertama suruh mintak bukti.. kah kah kah..saya nak tanya..betul atau tidak raja eleena tersenarai antara org terkaya di malaysia???

melaluli syarikat aper dia kaya??? GAMUDA... lagi satu artikel itu di tulis oleh RPK dan bukan bro sofi...secara logik yg RPK sudah pun menyediakan bukti.. kalau nak tahu bukti..suruh sultan azlan saman RPK... ader berani??

kah kah kah kah

yg kedua mengenai kuil sek 23...

adakah hanya kuil di sek23 yg berdekatan dengan rumah???

lagi satu dekat sanggat ker kuil tue dengan rumah???

korang tengok peta yg aku letakkan sebelum post nie lah...

sedangkan di zaman pemerintahan BN dahulu...surau dengan kuil hindu bersebelahan..dan tidak sampai 50 meter dari umah...

naper puak2 umngok tak bising???

nak bukti??? pergi sendiri di PJS 2...

sebab tue aku lihat puak umngok yg menentang ini hanya puak bongok di cucuk hidung....

cam anon tak ader namer... kah kah kah kah

ayahanda/// said...

angah..

kalau kita byk mencaci dan mencerca.. maka kita juga akan byk dicaci dan dicerca..

angah said...

salam ayahanda...


betul gak tue....
apabila kita banyak memaki ...

kita juga akan banyak di maki...

tapi kita nie manusia biasa... lumrah manusia jadi marah...

tapi pelik mengapa masa pemuda umno menunjukkan aksi liwat dan dengan perkataan2 lucah tak pula di tegur???

pemuda berani said...

alloo macha.. itu makhluk RPK bukan tunjuk bukti.. itu dakwaan la bahalol..

kalau bukti.. tunjukkan transaksi, surat-menyurat berkaitan.. maklumat pemilikan.. itu baru bukti dol.. ini setakat main tulis dgn nombor, nama, company etc.. itu strategi poltik RPK mabuk.. dari dulu lg.. he plays with numbers.. bg sume org nmpak gempak.. cam betol.. padahal sambdol... hahahahah...

bodohla sesape yg mudah sgt terpengaruh.... kihkihkih..

pemuda berani said...

wei angah.. nko ckp pemuda umno maki kau ye.. tunjuk lucah ye..

ko ingat pemuda pkr tunjuk quran ke? kitab ape2 ke.. tunjuk baik ek alim ek..

ko tau x pemuda pkr mcm org gila isap dadah.. cam khayal, cam high.. polis tegur dua2 pihak pun dok terkinja2 lg.. melalut ntah ape2.. maki hamun, kate2 lucah berterabur.. ko sedar x??..

paku dulang paku serpih..
mengate org nkorg yg lebih..

angah said...

KAH KAH KAH...

KALAU TAK BETUL...LAPOR POLIS...
SAMAN....

KAH KAH KAH...

NAPER TAK SAMAN PULA????

Anonymous said...

wei buang mase bace bende tak berfaedah macam nie..nk mencarut je keje..nnti termakan sumpahan sendiri beb..(ni benar)

Axel Favian said...

Menarik gan.. berkunjung di blog gue ya..

http://1mind-2idea.blogspot.com