Tuesday, September 9, 2008

Tak Bermoral kah Lompat-lompat??

16 September seperti di war-warkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menubuhkan kerajaan pusat yang baru. Sejak perkara ini di war-warkan, ramai lah puak-puak penyokong Bn dan UMNO khususnya mengatakan perkara melompat parti tidak bermoral dan melanggar lunas demokrasi. Dibawah saya akan menulis ulasan Prof Abdul Aziz Bari pensyarah undang-undang UIA.

AMBIL ALIH KERAJAAN IKUT PERLEMBAGAAN

Penyeberangan beramai-ramai ahli2 parlimen Bn kedalam PR paa 16 sept ini adalah proses biasa yg diizinkan oleh perlembagaan , demikian ditegaskan oleh Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Sebagaimana didalam sistem Westminister di seluruh dunia apabila kerajaan yg memerintah kehilangan sokongan maka ia mesti meletakkan jawatan.

Itu semua terkandung dalam perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.Jadi bagaimana boleh dikatakan itu semua tak sah? soal Prof undang2 UIA itu ketika diminta menberi komen kepada dakwaan bohawa tindakan menyertai PR itu idak sah dan tidak bermoral serta menkhianati mandat para mengundi.

Dr Abdul Aziz menambah kejadian menyeberang parti yg diikuti oleh perletakkan jawatan oleh kerajaan yg ada telah berlaku beberapa kali di Malaysia dan ini seharusnya tidak dilupakan. Dengan kata lain ,undang2 dan amalan politik sejak Merdeka menbenarkan penyeberangan itu katanya lagi.

Beliau berkata insiden seumparma itu berlaku pada 1962 di Terengganu dan kemudian di Sabah 1994. Apa yg menarik ialah dlm kedua-duanya insiden tersebut UMNO sendiri yg menjadi dalang dan pengaturnya, jelas beliau. Tambah beliau undi tidak percaya ini penting kerana pilihanray perlu dielakkan sedapat yg mungkin.

Meskipun Yang di Pertuan agong munpunyai budi bicara menbubarkan Dewan Rakyat,kerajaan yg memerintah tidak boleh memaksa baginda berbuat demikian. Baginda mesti mencari jalan untuk mengelakkan pilihanray kerana ia baru sahaja diadakan Mac lalu. Pilihanraya juga tidak harus diadakan kerana didalam senario sekarang ada potensi dan kemungkinan untuk sebuah kerajaan baru dibentuk melalui parlimen yg ada. kata pakar perlembagaan dan institusi Raja-Raja Melayu itu.

Beliau berkata disisi perlembagaan Yang di Pertuan Agong perlu menbantu menbentuk kerajaan tanpa melalui pilihanraya kerana segala percaturan politik yg berlaku sekrang meskipun menbuat BN begitu cemas dan gabrah, adalah selaras dengan semangat perlembagaan itu sendiri. Mengenai keganasan atau tindakan menjejaskan ketenteraman awam pula DR Abdul Aziz menyebut kerajaan pusat yg dipimpin oleh BN bertanggungjawab dalam kejadian huru-hara di Sarawak pada 1966 dan Kelantan pada 1977. Suasana tersebut berakhir dengan penytiharan darurat di kedua-dua negeri berkenaan. Ini dilakukan setelah kerajaan negeri Kelantan dan Sarawak melalui proses biasa.

Proses biasa itu , kata Dr Abdul Aziz lagi ialah sokongan dan penarikan sokongan oleh ahli2 parlimen dan cara yg lazim digunakan itu ialah melalui undi tidak percaya. Malangnya ini tidak diperincikan dengan jelas oleh perlembagaan dan ini digunakan oleh BN untuk melakukan pelbagai helah bagi menyekatnya. kata DR abdul Aziz Bari.

Menyingkap sejarah , pensyarah undang2 itu berkata UMNO sendiri menggunakan undi tidak percaya untuk menjatuhkan Harun Idris MB Selangor pada 1976 dan juga MB Kelantan Mohamad Nasir pada 1977. Kekeliruan yg disebarkan BN memberikan imej yg negatif kepada sistem demokrasi kita bahkan undi tidak percaya juga berlaku di Thailand dan Jepun meskipun mereka tidak dikenali sebagai negara Westminster.

Mengenai ugutan dan rasuah beliau berkata ini semua menyalahi undang-2 dan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa. "Mengugut boleh ditafsirkan sebagai menhalang ahli parlimen menjalankan tugas dan ini adalah satu kesalahan jenayah yg dilarang oleh kanun keseksanan . Begitu juga dengan rasuah." jelasnya lagi.

Beliau berkata perbuatan ini melanggar batasan undang2 dan moral. Ditanya mengenai soal moral penyeberangan yg begitu banyak dibangkitkan, Dr Abdul Aziz berkata soal itu tidak timbul kerana ahli2 parlimen bebas menyatakan sokongan mereka. Selain itu rakyat juga boleh menyatakan sikap dan pendirian mereka dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Beliau hairan kenapa soal moral itu terlalu dibesar-besarkan sedangkan ia tidak disebut langsung ketika UMNO menjatuhkan kerajaan-kerajaan negeri di Sabah,Sarawak , Kelantan dan Terengganu. Malahan ketika itu UMNO mendakwa mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan rakyat iaitu menbela rakyat dari kerajaan yg mereka dakwa korup dan tidak berkemampuan.

Sekarang tidak timbullah lagi soal moral atau lunas demokrasi. Diharap puak-puak UMNO usah lah menpersoalkan lagi ....

11 comments:

USD said...

Salam,
Jika BN mlompat pigi Pr, dia bmoral tp jika sbaliknya, x bmoral kan...
Aku rasakan I6/9 ni yg b'ubah kjaan bukn d Msia la, tp d Taiwan... btul ka ?

Anonymous said...

nanti dato' paduka ibrahim ali kata tiru dia pulak lompat melompat....
kalau nak kira orang kata tak bertukar la nampaknya...
betul tak ustazsaid....

malumalarci.blogspot.com

angah said...

salam..

kita tunggu jer lah ustaz..
jadi ke tak 16 september nie

Anonymous said...

angahsp,

saya setuju dengan awak, perkara 43(4) perlembagaan malaysia membenarkan lompat-melompat teatapi yang menjadi permasalahnya ialah cara mengumpan lompatan tersebut.

Anwar menggunakan wang suapan-lebeh dari Rm3billion. Adakah tu mengikut peraturan. Bolehkah anda menerima modus operandi memancing lompatan ini?

Orang bijak pandai macam saudara (bebudak lagi)ini dapat apa ye dengan menyokong Anwar, anwar dapat banyak duit dari Zionist, freemason dan merupakan economic hitman CIA-banyak duitnya tujuh ketrunan tak habis, anda bagaimana?

Kesian Cik Gu Bard, nak bergerak terpaksa minta sedekah dengan menyuruh kawan-kawan bank in duit ke accountnya. Minta sahajalah pada Anwar. jangan jadi kaldai Anwar sudahlah.

Lompat-melompat yang untungnya yang melompat, AngahSP tetap berada di takuk lama-berangan aje le?

angah said...

salam..

nie lagi satu fitnah...
buktikan..usah hanya menuduh..
saya rasa..saya lagi kenal Anwar drp kamu....usah lah nak menfitnah menuduh yg bukan...

rahza said...

jangan layan sangat hashim harris tu angah oi...dia tu dah nak gile mengiyam dah tu...

Anonymous said...

udahlah korang ne semua kene akal2 anwar jer lebih..dia hbat merancang maner pun tp akhirnyer tuhan yg menentukan... jd brenti jerlh amua keje2 bodoh ne..

Anonymous said...

Angah,

Nampahnya, besok anda akan jadi pembacuh kopi Anwar yang baru di Tingkat 4, Sri Perdana Putrajaya.

Tahniahlah. tetapi kesian kat abang Saifudin, elizabeth Wong, Tian Chua masih stranded kat Taipeh. PKR tak hantar jet ke nak rescue dia orang?


Siapa yang meroyan, AngahSP he Hashim Harris,, he...he... dengarlah cakap penipu tu...ops Bang Anuar Bin Ibrahim\ @BABI. Saya dah serik kena tipu dengan dia. Ramai lagi kawan-kawan saperti Roslan Kassim, Hamdan Taha, Zahid Mat Arip pun dah kena. Hang kena nanti tak bangun....keh-keh, kesian kak Wan Azizah dan Nurul Hana.

angah said...

salam..

aku yakin perjuangan aku nie betul..kerana bagi aku menfitnah itu berdosa..lagi2 menfitnah sesama ISLAM...
atas prinsip agama aku yakin perjuangan aku betul..

USD said...

Angah, aku dah tunggu 16/9, takde apa-apa pun yg tjadi, apa ni kata 16hb...ntah2 16/9 th 2012 @ 2013...oh lama lagi.heheh

Anonymous said...

AngahSP,

Saya tabik ke atas semangat anda yang tidak serik untuk bersama DSAI.

Saya pun begitu juga dahulu. Tetapi percayalah Anwar tu Master Deceiver,kan dah terbukti.

Sdra, masih tak terlambat untuk bersama-sama memajukan dalam perjuangan menegakkan Islam, mempertabatkan bangsa melayu saperti yang di war-war kan oleh ayah, datuk dan moyang-moyang kita.

Hidup Melayu, Islam berjaya.