Thursday, May 15, 2008

ANTARA KETUANAN MELAYU DAN KARPAL SINGH

salam. sudah agak lama saya tidak menulis. bukan kerana sibuk, tetapi tiada idea yang bernas ingin di ketengahkan. baru-baru ini cerita ketuanan melayu agak menarik untuk saya kupas kan disini. dimana badan berpaduan bertindak melayu (bbbm) di bawah pengerusi en osman abu bakar baru sahaja mengadakan perbincang permuafakatan melayu di johor. kenapa johor di pilih? mungkin di johor lah tubuhnya umno lama dan disana lah permulaan melayu bersatu menentang malayan union.
Sebenarnya saya tertanya-tanya, apa tujuan sebenar perjumpaan ini?adakah benar bbbm benar2 ingin meperjuangkan ketuanan melayu? atau bbbm hanya risau kepentingan individu mereka terjejas? kalau benar mereka benar-benar menperjuangkan melayu kenapa hanya setelah bn gagal menpertahan majoriti 2/3 di parlimen di pru 12? kenapa bbbm tidak menperjuang kan ketuanan melayu sebelum pru12?
kalau benar mereka jujur memperjuangkan ketuanan melayu, kenapa semasa menteri pendidikan yang merupakan ketua pemuda parti melayu menkhianat bahasa melayu mereka tidak bersuara?di mana en osman abu bakar masa itu? dimana bbbm ?
saya amat tertarik bila seorang murid berumur 10 tahun menyaman kerajaan pusat dan menteri pelajaran 2 tahun lalu. sebab murid ini menyaman menteri pelajaran dan kerajaan pusat adalah disebabkan pembelajaran subjek math dan sains di dlm bahasa inggeris. dimana murid ini menyatakan perlaksanakan pembelajaran subjek math dan sains di dalam bahasa inggeris telah menlanggar perlembagaan malaysia. kita tunggu keputusan mahkamah terhadap saman ini. lupa saya nak terangkan. murid ini merupakan anak kepada menteri besar perak yang baru..
jikalau en osman abu bakar menbaca tulisan saya ini, saya berharap mendpat perjelasan dr en osman abu bakar.

satu lagi isu yang menarik minat saya ialah isu karpal singh menderhaka kepada sultan. memang bagi saya, memang karpal singh menderhaka. dan patut di hukum. karpal singh menpertikaikan kuasa raja-raja melayu. tetapi kita harus melihat isu ini secara rasional. karpal singh seorang lowyer. lowyer ini selalu berhujah mengikut kes-kes yang lepas. mengambil contoh-contoh yang lepas. mungkin disini karpal singh telah mengikut kata-kata peguam negara. peguam negara juga pernah menyatakan sultan trg tidak berhak menentukan menteri besar. dan karpal singh juga menyuakan perkara yang sama di suarakan peguam negara. kita yang bijak pandai harus berfikir secara rasional. siapa yang mengajar lowyer karpal singh ini menderhaka?

No comments: