Dalam tulisan wak lanang pada hari ahad yang lalu di dalam akhbar sinar harian 25mei 2008 di bawah kolum SUDI MAMPIR yang bertajuk LADANG BABI MODEN JADI TARIKAN BARU DI SELANGOR.
Didalam tulisan wak lanang seperti mengkritik kerajaan Selangor yang baru kerana meneruskan Projek Ternakan Babi Moden. Kenapa saya mengatakan meneruskan bukan meluluskan, kerana projek ini telah pun di luluskan di bawah kerajaan Selangor yang lama dimana menteri besar yang meluluskan projek ini dahulu begitu lantang menentang perlaksanakan projek ini.
Disini saya ingin mengajak wak lanan berfikir sejenak. Adakah di Selangor sekarang tidak menpunyai ladang ternakan babi? Atau ternakan moden ini ladang ternakan pertama di Selangor?Mengapa semasa projek ini diluluskan pada Januari 2008 dibawah Menteri Besar yang lama tiada demonsrtasi menentang projek ini?Mengapa setelah kerajaan baru meneruskan projek ini baru ada demonstrasi menentang projek ini.
Di satu perengan wak lanang ada menulis JADI KALAU MALAYSIA MENJADI PENGEKSPORT DAGIN BABI KE CHINA APA KATA NEGARA ARAB? BERISTIGFAR PASTINYA MEREKA.) Mungkin wak lanang tidak menbuat research tentang ternakan babi di negara ISLAM.Untuk mengetahuan wak lanang di Maghribi yang menpunyai kepadatan penduduk sehingga 30 juta dan hampir 98.7 % penduduknya beragama ISLAM juga menbenarkan perternakan babi untuk makanan pelancong.Jadi salahkah negeri Selangor meneruskan projek ternakan babi moden untuk menampung keperluan makanan penduduk bukan beragama ISLAM.
Secara tidak langsung projek moden dapat mengurang percemaran yang sering dihadapi di dalam ternakan babi.Seperti kita tahu najis kumbuhan ternakan biasanya di buang di sungai-sungai. Di dalam projek moden ini hasil najis ternakan ini di proses kembali untuk menjanakuasa elektrik untuk kegunaan ladang moden ini.
Mungkin penerangan ini akan di layan sinis oleh wak lanang.Tapi sebagai anak negeri Selangor saya merasa terhina dengan tulisan wak lanang.Mungkin jika projek ini di laksanakan oleh kerajaan Selangor terdahulu kontrovesi mungkin tidak terjadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
astaghfrullah lahaula wala quuata illa billah wallahu aalam
Post a Comment