Tuesday, June 24, 2008

CABARAN TERHADAP 129 AHLI PARLIMEN YANG MENYOKONG KENAIKAN HARGA MINYAK.

Pak lah dengan bangganya mengatakan rakyat dan ahli parlimen menyokong beliau menaikkan harga minyak. Betul ker?

Yang menyokong beliau adalah ahli2 parlimen dr BN. Tidak tentu lagi rakyat yang berada di kawasan parlimen wakil rakyat BN turut setuju dengan kenaikkan harga minyak.

Seterusnya Wakil2 rakyat BN dengan bangga minyak mesti dinaikkan kerana kenaikkan minyak global. Naik tergelak apabila saya mendengarnya.Dan perbandingan paling popular minyak di Malaysia lebih murah daripada Thailand dan Singapura negara bukan pengeluar minyak.

Disini saya mencabar kesemua 129 wakil rakyat BN supaya mengosongkan kerusi anda semua supaya di adakan pilihanraya kecil semula di kawasan yang YB-YB dari BN menanggi. Di sini kita dapat lihat adakah rakyat menerima atau tidak kenaikkan harga minyak yang secara membabi buta.

Wakil rakyat yang pertama harus menerima cabaran ini adalah khairy jamaludin ahli parlimen rembau. Adakah KJ 'gentlemen' mengosongkan kerusi yang beliau menanggi di pru ke 12. Jika beliau yakin rakyat menyokong kenaikkan harga minyak ini beliau tidak perlu takut. Tetapi saya merasakan KJ takut mengosongkan kerusi parlimen rembau. KERANA APA..Beliau bukan lah seorang yang berani menyahut cabaran. Beliau hanya berani berkokok di media massa, tv, atau pun di dewan rakyat yang majoriti penyokong BN. KERANA APA saya berkata begitu, sebab sehingga kini beliau masih tidak berani menyahut cabaran debat Badrul Hisham sejak pilihanraya lalu.

No comments: