Monday, June 30, 2008

SELAMATKAN ANWAR DARI TUDUHAN LIWAT!

Tuduhan terhadap anwar sekali lagi menggemparkan negara kerana spekulasi ini adalah tuduhan kali ke 2 yang dikenakan terhadap DSAI yang mana sebelum ini didakwa di atas tuduhan yang sama pada 1998. Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.
Siapakah Mohd Saiful Bukhari B. Azlan? Mari kita lihat siapa yang kena… Hehehe. Jom kita baca dengan teliti statement Saiful:
“Saya Mohd Saiful Bukhari B Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”
Manakala kita baca pula kenyataan media dari DS Anwar Ibrahim sendiri:
29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.
Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.
ANWAR IBRAHIM
Saya memang tidak percaya dengan dakwaaan Saiful. Pendedahan ‘Musang Berbulu Ayam’ oleh Najwan Halimi akan saya sertakan di sini dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya kerana ini adalah strategi perang dalam politik. Saiful dihantar oleh pihak musuh untuk menjadi telinga dan mata pihak yang satu lagi, tetapi tanpa disedarinya, dia adalah anak kecil yang ‘belum pernah menjilat garam’. Tuduhan yang dilaporkannya itu menghancurkan masa depannya sendiri.

baca selanjutnya link

No comments: