Saturday, July 12, 2008

Polis Bertindak Zalim Terhadap YB Nurul Izzah.

Semalam (11/07/08)aku mendapat satu sms yang mengatakan satu ceramah perdana pendedahan konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan YB Lembah Pantai Nurul Izzah dan Raja Petra Kamaruddin.

Tetapi polis telah bertindak zalim dengan cuba menangkap YB Nurul Izzah dan menakut-nakut penduduk sekitar kg kerinchi dengan kehadiran hampir 500 anggota polis, 10 trak dan 2 meriam air kimia. Apa alasan polis? Seperti biasa lah tidak menpunyai permit. Menbuat rapat umum seperti ini oleh wakil rakyat dikawasan YB Nurul Izzah sendiri pun nak kena permit ker? Apalah punya undang-undang yang polis pakai nie? Tak paham aku. Wakil rakyat bagi aku ibarat ibu kepada rakyat yang diwakilinya. Jika rakyat menpunyai masalah, rakyat akan berjumpa dengan wakil rakyat untuk meminta bantuan atau tindakan yang perlu dilakukan. Dan wakil rakyat pula perlu menberi penerangan dan amanat kepada rakyat yang di wakilinya. Selalu turun padang untuk mendengar rintihan rakyat yang di wakilinya. Dan ceramah sebegini bagi aku tidak perlu permit kerana YB Nurul Izzah telah dipilih oleh rakyat-2 Lembah Pantai untuk menjadi wakil mereka. Dan ceramah semalam adalah untuk menberi penerangan terhadap ekonomi negara, apa yang telah YB Nurul Izzah lakukan untuk memajukan kawasan beliau, dan sebagainyalah.

Polis di Malaysia bagi aku perlu di tukar namanyaidak sesuai lagi polis di digelar Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kerana apa... Kerana polis telah menjadi badan tungangan pihak tertentu untuk menyekat dan menekan suara rakyat. Bagi aku nama yang sesuai diberikan kepada polis adalah PBNM iaitu Polis Barisan Nasional Malaysia kerana menjadi tungangan kerajan BN untuk menyekat suara rakyat. Harus diingat YB Nurul Izzah menang bertanding di kawasan Lembah Pantai kerana majoriti penduduk Lembah Pantai mengundi beliau sebagai wakil rakyat, tetapi polis sebagai badan beruniform dan tidak sepatutnya memihak mana parti politik dan menghalang ceramah tersebut.

Jika perlu sekali pun untuk menhalang ceramah tersebut bagi aku tidak perlu datang dengan anggota polis yg begitu ramai dan di sertai meriam air kimia. Tindakan polis benar2 melampau dan mencampuri hak asasi rakyat. Tindakan polis itu seperti mengambar kan seperti ceramah yang ingin dilakukan seperti sarang penganas. Kami bukan penganas. Kami hanya ingin mendengar penerangan dr wakil rakyat yang kami pilih sendiri. Salah kah?

Tidak mustahillah jika sekarang rakyat tidak lagi menghormati insituasi POLIS seperti dahulu. Jika dahulu anggota polis di hormati dan sering di panggil 'cikgu' tetapi sekarang tidak lagi. Anggota polis tidak lagi di hormati. KERANA APA. Kerana mereka menjadi BARUA pihak berkuasa untuk menyekat kuasa rakyat.

2 comments:

AnakMerdeka said...

Rupa-rupanya selama ini pengikut parti pembangkang belum celik undang-undang lagi. Tak tahu ke kalau perhimpunan diluar kawasan permis persendirian mesti mendapatkan permit polis? Korang tak tahu ke, untuk membuat pertandingan memancing kecil-kecilan untuk penduduk setempat yang dianjurkan oleh UMNO Cawangan mereka juga diwajibkan mendapatkan permit, dan seperti biasa syarat untuk mendapatkan permit polis tidak pernah diputar belitkan oleh penyokong kerjaan.

Apa maksud korang "rakyat tidak lagi mempercayai POLIS"? Siapakah yang korang maksudkan rakyat itu? Adakah pernyokong PKR itu mewakili 100% penduduk Malaysia? Itu sebab bila nak buat sesuatu korang inagt negara ini abah korang yang punya. Tak fikir ianya mungkin mendatangkan masalah kepada org lain.

Kalau korang rasa nak buat demostrasi korang terus buat, nak buat perhimpunan terus jer buat. Kalau nak rasa nak buat sesuatu tanpa halangan, tanpa perlu patuh undang-undang, korang belilah pulau sendiri, dok atas pulau tu, buat lah apa yang korang rasa nak buat. Nak berbogel satu kampung, nak berceramah 24jam, nak berdemostrasi siang malam tak ada siapa nak halang.. ptuihh

Anonymous said...

Aku pun sokong mafiakl, sok2 ni pun kalu beauty dream korang ter realisasi pun, korang akan buat benda yang sama, korang akan atur keje polis, undang2 korang jaga, nanti dok umah tu pg cari cerita "Anak ku Sazali" berguna cite tu untuk korang, masa kecil engkau ditatang, bila besar melawan..

korang cakap polis tak betul, yang aku nampak korang yang tak betul, dah korang lawan diaorang, sapa suruh, dok rumah, ngaji quran lagi bagus, yang dok berhimpun sana sini sapa suruh? korang tengok dalam perhimpunan korang tu, bangsa lain ada sama ke? diaorang tak bodoh tau, wat pe pegi berhimpun, wat sakit badan je, bagi sekolah tinggi2, tapi otak letak kat mana? be Profesional beb..
lagi satu jangan sebut perkataan rakyat, aku pun rakyat Malaysia jugak, tapi aku tak halalkan darah daging aku untuk perjuangan yang bersekongkol DAP... walau dicincang lumat sekalipun, aku bukan pengkhianat bangsa..

Itu bukan pakatan rakyat, itu pakatan korang... cari nama len la...

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR,ALLAHU AKBAR...