Tuesday, August 19, 2008

Sumpah Si Saiful???

Sebenarnya saya malas nak ulas berkenaan sumpah laknat yg di buat oleh Saiful nie. Tetapi seorg yg bergelar 'ustaz umno' meminta saya mengulas isu sumpah laknat nie. Kerana kesibukan kerja dan ke Pematang Pauh hari ini baru saya bersempatan memenuhi hajat 'ustaz umno' tersebut. :)

Saya ambil dulu ulasan yg di beri oleh Tuan Guru Nik Aziz mengenai sumpah laknat ini.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam. Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam. Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible. Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran. Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja. Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam. Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam. Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat. Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful. "Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya

Ini pula ulasan yg saya ambil dari ulama tersohor. Tuan Guru Haron Din. Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan. Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din kepada Harakahdaily hari ini di Muktamar Tahunan PAS kali ke-54. "Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya. Bahkan tambahnya, pihak yang kena tuduh (Anwar) pula sedang menunggu perbicaraan. Bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga bertambah hairan apabila Saiful bersungguh-sungguh meminta Allah melaknat dirinya beserta keluarganya dalam sumpah tersebut. "Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?" "Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful. "Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak. "Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?" tegasnya. Beliau tidak menolak kemungkinan Saiful dinasihati orang politik yang mempergunakan agama untuk memenuhi agenda politik mereka malah menggunakan masjid atau mempergunakan pegawai masjid untuk melakukan perkara yang amat janggal serta tidak kena pada tempatnya. Dalam pada itu, Haron turut mempertikaikan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful sebagai tidak dibuat dengan persiapan yang rapi apabila Saiful tersasul menyebut kalimah sumpah tersebut. "Ianya seolah-olah tidak diprogramkan secara teliti, dengan persiapan yang tidak cukup sehingga sampai ke peringkat menyebutkan kalimah sumpah pun tersasul," katanya lagi. Selain itu, beliau menyatakan bahawa mesej Saiful yang kononnya tidak mengetahui tarikh penamaan calon Anwar dengan mengatakan ianya suatu kebetulan adalah bermotif politik. "Ianya dibuat secara tergesa-gesa sebab dirujuk kepada orang yang benar-benar mengetahui prosiding sumpah sperti ini atau mungkin Saiful tidak diberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang akibat sumpah. "Kenapa beliau tidak boleh menunggu sehingga proses mahkamah berjalan dan hukuman dijatuhkan dan apa kepentingan dirinya untuk bersumpah? "Adakah ia agenda dirinya atau orang lain," ujarnya lagi. Walau apapun, Haron berkata ia hanya boleh dijawab dengan meninggalkan tanda tanya.

Semasa saya berada di Permatang Pauh saya dan kawan-kawan dari AIC sempat berbual dengan YB DR LOLO GHAZALI di yayasan aman. Seorang kawan saya ada bertanya kepada YB LOLO mengenai sumpah yg di lakukan Saiful. YB LOLO berkata sumpah yg di lakukan Saiful tidak mengikut syariat ISLAM ( ustaz umno jer kata ikut syariat). Didalam ISLAM tiada sumpah yg menjunjung Al-Quran seperti mengikut kaum yahudi dan kristian. Yb LOLO menyambung, mengapa sumpah ini di lakukan satu hari sebelum penamaan calon? Kan ada konspirasi politik. Sepatutnya Saiful perlu megemukan bukti kukuh atas tuduhan nya dan bukan hanya bersumpah, bersumpah tidak menbuktikan apa2.

Ini pula ulasan saya. Bagi saya sumpah yg di lakukan Saiful adalah sumpah politik utk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya telah mengulas isu si saiful ini didalam SIAPA SEBENARNYA MUNAFIK. Dan saya tekan di sini bahawa Saiful tidak di liwat. Dan saya juga menbaca fatwa sheikh jaha tabir al-wani. Diharap dgn ulasan saya memuaskan hati 'ustaz umno' yg meminta saya mengulas isu sumpah ini.

-Angahsp- Saya sebenarnya lebih berminat nak mengulas pelakuan biadap pemuda2 BN di penamaan calon. Supaya 'ustaz umno' dapat mentarbiahkan mereka. Dan juga di harap makcik Sharizat berjihad memulihkan akhlak pemuda,putera,wanitadan puteri umno ini. Akhlak teruk sanggat..MACAM BERUK..

2 comments:

Anonymous said...

Angah (bagi email-aku cadangan utk ko dan aku dalam perjuangan kita nie)

Angah,
Sekarang ISlam dipermainkan, dengan isu sumpah, isu buku dan Sister Of Islam. Mengapa diperlakukan begini, tidak takutkah kalau Allah murka, laknat bukan kepada si saiful sahaja tetapi kita kena tempias, ini dalam sejarah tentang bab sumpah nie, aku sedih sebenarnya perkara ini terjadi ......

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

agak terkilan juga dengan isu sumpah ini yang sedikit sebanyak mengaitkan keagamaan lain separti kristen, walaupun ianya hanya diantara umat2 mereka sahaja,tapi masih dibayangi dengan penghinaan kepada agama lain secara tidak langsung..
Apapun pada saya,bersumpah adalah
suatu lafas janji yang selalu diucapkan oleh wakil2 rakyat apabila dinaikkan pengkat menjadi menteri atau pertabalan2 yang seumpamanya.. dan akan berpegang pada janji demi bangsa dan negara untuk setia dan menjalankan amanah rakyat.... tetapi akhirnya mereka akan menjadi seperti yang kita tahu sekerang...
Agama apabila diagung2kan dalam politik akan menjadi suatu kelamahan negara dan undang2 kita..
Jadi biarlah kita beramal dengan agama kita masing2 tampah menghasut keagamaan lain, kerana manusia cuma akan tulus dalam hidup mereka apabila mereka membuka hati dan melihat cahaya kasih dalam dirinya......amen...